Saturday, July 21, 2007

Kesedihanku

Setakat inilah yang dapat ku
Sembahkan padaMU Tuhan
Sudah tentu terlalu banyak kekurangannya
Aku terlalu sedih sebenarnya..

Wahai Tuhan,
Ku anugerahkan sesuatu kepadaMU
Yang tidak sepadan
Tapi apakan daya
Setakat inilah yang ku mampu
Telah ku lakukan sedaya yang termampu
Hanya masih setakat ini sahaja
Kau tahu betapa sedihnya aku
Jiwa ku merintih selalu
Jiwa ku derita Engkau pun tahu
Mengenangkan ibadahku selalu kurang
Bagaimanapun ku harap terimalah
Walaupun serba kekurangan
Aku sangat malu dengan MU Tuhan
Nikmat yang Engkau kurniakan banyak
Namun ibadahku sangatlah kurang
Tuhan, maafkanlah aku
Dengan rahmatMU
Ampunkanlah dosa-dosa aku
Janganlah Engkau bertindak keatas ku.
Emansipasi wanita pada zaman Rasulullah

Semenjak lebih kurang 1400 tahun yang lalu, pada masa hayat Rasululllah , telah wujud beberapa perkumpulan wanita yang ditubuhkan secara tidak formal dan hanya bersifat sementara. Anggota hanya terdiri daripada wanita yang bersatu untuk mencapai sesuatu matlamat, seperti kumpulan wanita yang keluar ke medan perang untuk berjihad membantu tentera islam.

Asma’ binti Yazid al-Ansariyah, seorang perawi hadith bijaksana, berpegang teguh kepada agama dan pandai berpidato. Asma’ pernah berjihad bersama-sama tentera islam di dalm peperangan Yarmuk. Beliau digelar sebagai Khatibah al-Nisa’ pernah mewakili wanita dalam menyuarakan pandangan dan pendapat wanita kepada Rasulullah.

Ibn Abd al-Bar dalam kitabnya al-Isti;ab Fi Asma’ al-Ashabi, menyatakan bahawa Asma’ binti Yazid telah datang kepada Rasulullah dan berkata “sesungguhnya aku adalah utusan (wakil) dari perkumpulan wanita islam . Mereka sekata dan sependapat dengan ku. Sesungguhnya Allah swt telah mengutusmu kepada kaum lelaki dan wanita. Maka kami semua beriman dan mengikut ajaranmu tetapi kaum wanita mempunyai pergaulan yang terbatas dan terikat dengan peraturan rumahtangga, menjadi teman kepada lelaki dan mengalami masa hamil. Sedangkan lelaki mempunyai beberapa keistimewaan, mereka bersembahyang jemaah, mengiringi jenazah dan berjihad dimedan perang. Ketika mereka keluar berjihad, kamilah yang menjaga harta dan mendidik anak-anak mereka. Maka bolehkah kami berkongsi pahala dengan mereka itu ya Rasulullah?

Asma’ binti Yazid yang menjadi wakil wanita islam pada masa itu telah mengemukakan dua perkara penting kepada Rasulullah. Pertama ; rasa tidak puas hati dikalangan wanita islam atas sebab adanya perbezaan tugas antara mereka dengan lelaki. Kedua; tuntutan supaya wanita mendapat ganjaran pahala yang sama dengan lelaki.

Peranan yang dimainkan oleh Asma’ binti Yazid ini tidaklah sama dengan peranan yang dimainkan oleh gerakan pembebasan wanita islam yang ada pada masa kini. Gerakan pembebasan wanita islam pada masa kini sentiasa menyuarakan perasaan tidak puas hati kaum wanita. Mereka menuntut kebebasan wanita dalam menyamakan hak diantara wanita dan lelaki.

Perbezaan yang ketara diantara kumpulan wanita pada masa zaman Rasululllah dengan pergerakan pembebasan wanita pada masa kini ialah pada matlamat perjuangan. Matlamat perjuangan wanita pada zaman Rasulullah adalah untuk kepentingan agama dan akhirat mereka. Sedangkan matlamat perjuangan gerakan pembebasan wanita masa kini ialah untuk mendapat ganjaran meterial dan kepentingan duniawi.

Wanita yang menyedari hakikat kehidupan yang sementara ini, akan faham tuntutan agama terhadap dirinya. Mereka memperjuangkan sesuatu perkara itu bukan lah kerana mencari kepuasan diri atau membina nama dan kemashuran tapi demi mengangkat ‘izzah wanita yang telah diselamatkan dari “kegelapan” yang pernah dilalui oleh wanita pada zaman kejahilan dahulu sehinggalah cahaya islam menerangi serata alam.