Sunday, April 15, 2007

doa kami

Allahumma Rabbana hab lana min azwajeena wa dzuriyatina qurratu a’yunwaj’alna lilmuttaqeena imama.”

“Rabbi habli minassolihin.”

mencari dan menjumpai..

“siapa yang menunjukimu pada amal-amal syariat, pasti ia melelahkanmu, sesiapa yang menunjukimu pada dunia bererti ia menipumu, sementara siapa yang menunjukimu pada Allah bererti ia benar-benar telah memberimu nasihat”

kata-kata kat atas ni saya ambil dari kata-kata hikmah karya dari seorang ahli tasawuf yang terkenal..boleh teka sape?..yang mengarang kitab al-Hikam.. mesti boleh teka punya..
hmm.. sebenarnya, kata-kata ni sengaja dicari gali semula, rentetan mencari sumber2 yang dapat mengukuhkan apa yang diperjuangkan..

alahai, idea tak boleh nak keluar la.. Wallahua'lam..

Monday, April 9, 2007

apa dah jadi? hehe

Assalamualaikum warahmatullah

huhu, lama sungguh tak update blog ni..sampai tahap, nak buka pun susah sebab tak selalu dibuka..hehe.. sibuk ke? agak la kot.. but, bukan salah masa, tapi salah sendiri kerana tidak pandai menguruskan masa..hehe
kehidupan macam biasa, perlu diteruskan walau bagaimana pun keadaanya..bak kata pensyarah saya, life must go on, just do it.. namun perkara pokok yang paling penting, kena faham dan yakin bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu kerana ada yang mengaturnya. maka kepercayaan dan keyakinan yang kukuh kepada kekuasaan dan keagungan Allah perlu wajib sentiasa ada dalam kehidupan kita ini. maka dengan "rasa-rasa" inilah akan meningkatkan semangat untuk terus hidup dan menjalankan tanggungjawab yang sedia terpikul dibahu.
keseronokan dan kemanisan yang dirasai oleh orang yang hatinya dekat dengan Tuhannya, akan melahirkan natijah kemanisan dan keseronokan dalam amalnya pula. maka andai berlakunya, kesempitan atau kesedihan, hatinya tetap lapang kerana ia yakin janji-janji Tuhannya yang Maha Agung.
kerana balasan manakah yang paling kita ingini dalam kehidupan ini, selain balasan yang tersedia dari Pencipta kita, Dia yang MAHA PENGASIH dan MAHA PENYAYANG.

Wallahua'lam.