Assalamualaikum warahmatullah
huhu, lama sungguh tak update blog ni..sampai tahap, nak buka pun susah sebab tak selalu dibuka..hehe.. sibuk ke? agak la kot.. but, bukan salah masa, tapi salah sendiri kerana tidak pandai menguruskan masa..hehe
kehidupan macam biasa, perlu diteruskan walau bagaimana pun keadaanya..bak kata pensyarah saya, life must go on, just do it.. namun perkara pokok yang paling penting, kena faham dan yakin bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu kerana ada yang mengaturnya. maka kepercayaan dan keyakinan yang kukuh kepada kekuasaan dan keagungan Allah perlu wajib sentiasa ada dalam kehidupan kita ini. maka dengan "rasa-rasa" inilah akan meningkatkan semangat untuk terus hidup dan menjalankan tanggungjawab yang sedia terpikul dibahu.
keseronokan dan kemanisan yang dirasai oleh orang yang hatinya dekat dengan Tuhannya, akan melahirkan natijah kemanisan dan keseronokan dalam amalnya pula. maka andai berlakunya, kesempitan atau kesedihan, hatinya tetap lapang kerana ia yakin janji-janji Tuhannya yang Maha Agung.
kerana balasan manakah yang paling kita ingini dalam kehidupan ini, selain balasan yang tersedia dari Pencipta kita, Dia yang MAHA PENGASIH dan MAHA PENYAYANG.
Wallahua'lam.
Monday, April 9, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment