Friday, February 23, 2007

warkah dari UK

Mohon maaf kerana tidak dapat memberi respon lbh awal… Desakan masa menuntut saya meluangkan lebih banyak waktu utk kerja2 di makmal. Masa semakin singkat sekarang..subhanAllah.
Kontrak perkhidmatan dgn pihak universiti ialah dari 4-10 tahun
bergantung tempoh pengajian. Syaratnya di dalam tempoh itu kita ditaja oleh pihak Universiti dan tertakluk kpd perjanjian yg dimeterai sblm pengajian bermula. Sama ada gagal atau berjaya sesorang itu tetap tertakluk utk berkhidmat dengan universiti. Cumanya jika calon itu ingin menarik diri selepas pengajian bermula (sebelum tamat) mungkin ini akan memberi implikasi bahawa calon akan dikenakan penalti berupa bayaran pampasan kepada pihak penaja, bergantung kpd kontrak yg telah dipersetujui. Pencapaian akademik adalah penting namun hanyalah sebahagian dari kriteria yang dinilai utk jawatan tenaga pengajar di universiti. Ada kriteria lain yang diambilkira bergantung kpd bidang dan pengkhususan. Saya ucapkan selamat maju jaya. Semoga saudari akan berjaya.
Tekanan dan cabaran adalah fitrah kehidupan. Boleh dilihat secara
positif atau negatif. Boleh membina..juga boleh meruntuhkan. Selalulah melihatnya secara positif kerana semua yg terjadi adalah sebahagian dari rahsia Allah dalam mengatur perjalanan hidup manusia. Selalunya bergilir-ganti dengan sesuatu yang dianggap nikmat dan rezeki. Ingatlah semuanya datang dari Allah. Juga pujian manusia, anggaplah juga pujian dari Allah (Terlalu banyak aib diri rupanya Allah tutupkan aib ini dari dilihat orang dan ditunjukkan yg baik2 shj….masyaAllah). Kutukan manusia.....mungkin juga tegurandari Allah. Terimalah secara positif. Mungkin memang ada silap kita di sana-sini.

Tanggungjawab hamba adalah beribadat kepadaNya setulus hati, meminta dan berdoa perkara yg baik2 kepadaNya, bersangka baik2 denganNya, usaha dengan kudrat yg ada dan berlapang dada (sabar atau reda) dgn apa yag diterima, serta berterusan bertaubat & muhasabah utk memperbetulkan kesilapan lalu......dan tidak lupa bersyukur dan bersyukur...
Pilihan dibuat oleh hati, dan setiap orang diberi peluang utk membuat pilihan setiap masa (sehingga sampai satu waktu). Dan pilihan inidijelmakan dalam perbuatan. Pilihan yg dipandu dgn hati yg bersih insyaAllah akan melahirkan perbuatan dan natijah yg baik (rujuk Quran 91: 8-10). Selain itu, niat adalah unsur penting dalam setiap gerak dan amalan. Andai niat melakukan sesuatu ikhlas, bulat kerana Allah, tidak timbul soal mahu dikenali atau tidak. Kerana setiap amalan kembali kepadaNya dan Dialah penilai terbaik setiap amalan hamba, sama ada yang dilakukan secara terang atau tersembunyi (rujuk Quran 31: 22; 67: 13-14).
Tidak salah juga berimpian, asalkan impian yg baik2. Pasti Allah akan
kabulkan jika kita meminta. Tapi jalan utk sampai ke impian itu hanya Allah lebih tahu. Itulah rahsia Allah. Itulah kebijaksanaanNya. Noktah terakhir pekerjaan atau kehidupan kita juga Allah yang lebih
mengetahui. (rujuk Quran 31: 34)Maksud hadith RasuluLlah S.A.W. yg saya kira cukup berguna dijadikan sebagai prinsip dan motivasi hidup: Jika seseorang merendahkan diri pasti Allah akan meninggikan martabatnya (di sisiNya). Kalau seseorang
bersikap zuhud di sisi Allah dan dgn apa yg ada di sisi manusia, maka
ia akan dikasihi oleh Allah dan manusia. Sifat seorang muslim ialah
meninggalkan daripada menyibukkan diri dengan perkara yg tidak kena mengena dengan dirinya......WaLlahua’lam. Moga Allah golongkan kita semua di kalangan orang2 yg bersyukur.
Segala yang baik itu pastinya datang dari Allah.

No comments: