kepada semua yang pernah singgah blog ni, saya ucapkan terima kasih.
ini adalah post yang terakhir dari saya. blog ini tidak akan diupdate lagi buat
selama-lamanya.. dikesempatan ini, saya mohon maaf buat semua yang mengenali
diri saya sekiranya ada salah dan silap. moga anda semua dalam keberkatan dan rahmat Illahi..
doakan saya dan keluarga mencapai impian utama hidup kami.
Ambillah iktibar dari kata-kata Hassan Al-Basri ra. :
"...tanda-tanda Iman ditarik dari hati (ditutup pintu hatinya) ialah Allah akan sibukkan dirinya dengan urusan dunia..."(mafhum riwayah).
Lantas marilah kita bersama membina hubungan cinta makhluk kepada Khaliknya (Pencipta) dengan erti percintaan yang sebenar, Kalau inginkan kebahagiaan carilah cinta yang hakiki kepada Allah terlebih dahulu bukan kepada makhluk, seperti kata hikmah :
"cinta kepada bunga, bunga akan layu, cinta kepada manusia, manusia akan mati, sebaliknya cinta kepada Ilahi kekal abadi"...
Wallahua'lam
Tuesday, October 30, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam ukhuwah, semoga di mana sahaja anda berada..bumi itu akan sentiasa riuh dengan dakwah anda :-D
Post a Comment