Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
“Sabarkanlah hatimu beserta orang-orang yang menyembah Tuhannya pada pagi dan petang, sedang mereka mengkehendaki keredhaan Allah, dan janganlah engkau palingkan pandangan dari mereka kerana mengkehendaki perhiasan hidup didunia , janganlah engkau turuti orang yang telah Kami lalaikan hatinya,dari mengingati Kami dan mengikut hawa nafsunya, dan perbuatannya melampaui batas”
Al-Kahfi : 28
Saya bermula blog ini dengan firman Allah diatas, moga inisiatif melahirkan blog ini disambut baik oleh semua pembaca blog. Semakin ramai yang berusaha membangunkan blog sendiri. Pelbagai daya kreativiti ditampilkan. Kawan pernah berkata, blog ni mengambarkan peribadi pemilik blog. Entahlah, saya sendiri kurang pasti. Namun jelas, kebanyakan blog menjurus kepada luahan hati pemilik blog, kreativiti penulisan mereka, dan tidak lupa dekorasi yang menghiasi blog..
Apa yang saya harapkan, moga mudah-mudahan blog suffiyahsolehah ini dapat memberi manfaat buat pembaca semua. Setakat untuk itu. Wassalam.
Tuesday, December 19, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment