Thursday, December 21, 2006

ISLAM DI MULUT, TIDAK DI HATI

Tuhan memberitahu kita pun tahu, tapi macam tak tahu
Tuhan memberitahu, tapi tidak mahu ambil tahu
Tuhan menyampaikan berita, kita percaya
Tapi mendengar acuh tidak acuh sahaja
Tuhan membawa perintah larangan
Tapi kita endah tak endah sahaja
Tuhan membawa berita gembira dengan syurga,
Gembira, tapi tidak usaha mencapainya
Tuhan membawa berita ancaman dengan neraka
Dengar juga, tetapi tidak berasa gerun pun
Tuhan membawa syariat, peraturan disemua aspek kehidupan
Tahu tapi hati merasa tidak senang sahaja
buat-buat tak tahu lagi baik
Walaupun telah diperdengar
Peraturan dibaca, bahkan digalakkan
Pembaca yang berjaya diberi hadiah pula
Namun diamalkan tidak juga
Bahkan menjadi perosak pula
Begitulah Islam dimulut tidak dihati
Tuhan disebut pada lisan tetapi tidak dirasai dihati
Begitulah..
Menjadi orang Islam mudah..lafaz syahadah..
Menjadi insan mukmin.. fikir2 kanlah sendiri..

No comments: