Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya AllahKau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnyaAku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMuAku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMuYa Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku hambaMu yang Solehah
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi Wanita Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMuYa Allah
Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi insan yang dirahmati
Insan yang dikasihi
Wanita yang solehah
Seorang sahabat yang sentiasa dihati..
thanks kak saidah.. saya sangat menghargainya.. ;)
Monday, January 1, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment