Bahagian 1
Tanggungjawab menolong dan menasihati adalah tanggungjawab bersama kerana setiap orang berperanan nasihat –menasihati bagi mencapai kebahagian dan keharmonian dalam hidup. Proses bimbingan dan kaunseling juga seakan sama dengan tanggungjawab menolong dan menasihati, namun bagi kaunseling, hanya yang memahami dan mempelajari teknik-teknik kaunseling dapat mempraktikkannya secara teratur dan konsisten. Sebelum itu mari kita sama-sama teliti apa yang dimaksudkan dengan bimbingan? Dan apa juga yang dimaksudkan dengan kaunseling.
Kaunseling merupakan suatu proses menolong yang melibatkan interaksi dua hala antara orang yang memberi pertolongan dengan orang yang menerima pertolongan dengan dalam suasana yang harmoni, penuh kesedaran dan saling memahami. Apabila proses ini dikembangkan, sudah tentunya berlaku juga proses kesedaran diri bagi orang yang menerima pertolongan. Manakala bimbingan pula didefinisikan sebagai sebahagian daripada proses menolong. Bimbingan melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya proses bimbingan ini adalah untuk penentuan kebajikan dan perkembangan penerima bimbingan. Othman Mohammad (2005)
Sebenarnya terdapat banyak dan pelbagai definisi mengenai bimbingan dan kaunseling. Namun semuanya mempunyai satu matlamat utama iaitu memberi pertolongan untuk mewujudkan celik akal atau kesedaran mengenai sesuatu perkara yang menyebabkan seseorang perlu kepada bimbingan dan kaunseling.
Dalam bahagian satu ini, saya akan memberikan sedikit pengenalan bagaimana untuk mengaitkan proses bimbingan dan kaunseling dalam pendekatan dakwah. Saya akan menggunakan bahasa mudah agar dapat memberi kefahaman yang lebih jelas dan teratur.
Bagaimana proses bimbingan dan kaunseling dapat membantu kita dalam urusan dakwah? Bagaimana method atau pendekatan yang dapat kita gunakan agar usaha dakwah kita dapat diselarikan dengan konsep bimbingan dan kaunseling?
Dalam islam, kewajipan yang telah diamanahkan kepada semua manusia adalah dikenali sebagai “hisbah”. Apakah yang dimaksudkan dengan hisbah? Hisbah adalah menyeru kepada kebaikan dan menegah kemungkaran serta membetulkan manusia ( amar ma’ruf wa nahy munkar , wa islah bayna an-nas)
Menurut ibnu Qayyim , hisbah bermaksud memutuskan sesuatu perkara tanpa dakwaan kerana jika berdasarkan dakwaan maka ia termasuklah dalam bidang kuasa hakim, bukan kuasa “muhtasib” * . pengertian tersebut memperjelas bahawa batasan tanggungjawab tersebut meliputi masalah perseorangan, kelompok dan masalah masyarakat serta negara. Siti Zalikhah Md Noor (2002)
Kewajipan hisbah berdasarkan firman Allah yang bermaksud:
“ dan hendaklah ada dikalangan kamu satu golongan yang menyeru kepada bakti dan mengarahkan kepada kebaikan dan menegah kepada kemungkaran dan mereka itu golongan yang beroleh kejayaan.
(Al-Imran 3:104)
Bagaimana hisbah dikaitkan dengan konsep-konsep didalam kaunseling?
Menurut imam al-ghazali, hisbah terdiri daripada beberapa rukun. Sepertimana dalam solat terdapat rukun solat, didalam hisbah juga terdapat rukun yang dapat disama gandingkan didalam konsep kaunseling. Rukun tersebut adalah seperti dibawah :
Muhtasib ( Kaunselor)
Muhtasab ‘alaih (Klien)
Muhtasab Fih (Masalah yang dihadapi klien)
Al-Ihtisaab (peringkat)
Bimbingan dan Kaunseling ; Satu Metodologi Dakwah.
Timbalan Pengerusi Hewi 2
Ijazah Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling.
Tuesday, January 2, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment