Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Tersentuh hati bila mendengar alunan selawat 10 hajat yang dialunkan oleh kumpulan Nowseeheart. Kala sunyi malam, alunan selawat memuji nabi Muhammad saw memenuhi ruang bilik membuatkan diri kecewa dan sedih yang amat melihatkan bagaimana makhluk hina diluar yang mempermain2kan junjungan besar Nabi saw. Sempat ketika habis sesi kaunseling malam tadi ke cybercafe. Perancangannya untuk hantar maklumat yang diperlukan oleh mujahidah di UTM untuk agenda tamrin hewi, namun tergerak dihati untuk save ke dalam pen drive email yang telah diperolehi sebelum ini.
Menggunakan pc peribadi, email tadi dibuka kembali.. ahh.. Ya Allah, kekasihMU dipersendakan, kekasihMU dipermainkan…Allahummasolli ala saidinaMuhammad..
Sedih nya hati ini, air mata tumpah lagi untuk kesekian kalinya. Nabi Muhammad saw, nabi yang kita sentiasa selawat padanya, yang kita sentiasa mengharap syafaat darinya, telah diletak dan digambarkan dengan keadaan yang sehina-hinanya. Astaghfirullah.. istighfar menahan kemarahan dihati..
Biarpun ia telah berlalu, namun sakitnya sehingga kini..dendam?
Tanya pada diri sendiri, sejauh mana hati berfungsi dan sensitive terhadap penghinaan yang dilemparkan pada Rasulullah saw. Sejauh mana kecintaan kita pada junjungan besar Nabi saw? Adakah kita hanya marah, dan benci, namun tidak ada tindakan susulan? Adakah kita marah kerana nafsu? Atau kita marah kerana kecintaan kita pada baginda saw? Bila kita marah kerana nafsu, kita hanya akan marah sekejap, namun tindakan pembaikan, tindakan meneruskan risalah nubuwwah kita tinggalkan tanpa sebarang usaha menggerakkan? Adakah itu tanda sensitive kita pada apa yang telah berlaku sekarang? Tanyalah pada diri kita..
Keadaan umat islam yang semakin hari semakin parah, semakin dipermainkan secara halus, terutama dikalangan wanita, sepatutnya menyedarkan kita wanita islam yang memikul amanah dakwah ini untuk berfungsi sebagai ejen pengislahan. Dalam kesibukan menguruskan urusan belajar, urusan persatuan, kita lupa bahawa kita ini ada tanggungjawab tersendiri sebagai ejen pembaikan. Maksudnya kita bukan diciptakan untuk menyeru manusia kerana hanya kita berada didalam jemaah, tapi tanggungjawab asal kita yang diciptakan dengan sebaik-baik kejadian adalah untuk menyeru kepada kebaikan dan menegah kepada kemungkaran disamping meningkatkan lagi kualiti keimanan.
Sebagai seorang hamba yang diciptakan dengan ciptaan sebaik-baik kejadian, kita perlu menggunakan masa yang ada dengan sebaik-baik mungkin. Setiap saat amat berharga. Masa yang dilalui bersama ibu bapa, sahabat dan sesiapa sahaja, perlu dihormati hak-haknya dengan memaksimumkan usaha dakwah didalamnya. Kadang-kadang kita lupa, bila terlalu sibuk melakukan kerja-kerja jemaah, kita lalai dari memerhatikan jarum-jarum syaitan yang menyucuk,terutama dikalangan sahabat-sahabat itu sendiri. Kita bimbang, diri kita lalai mengingatiNYA akibat kesibukan kita dalam urusan gerak kerja.
Sebagai wanita islam, yang penuh dengan ciri keibuan, kelembutan dalam membelai, tapi ketegasan dalam mendidik, gunakanlah senjata ini untuk menakluki hati sahabat semuslimat diluar sana untuk diperkenalkan kepada keindahan islam, kemanisan bila kita meletakkan diri kita dibawah perhatian Allah sepenuhnya. Kelembutan dan ketegasan ini bukan dan tidak layak digunakan untuk menakluki sekeping hati kaum adam. Tugas ini hanya dilakukan oleh isteri terhadap suaminya. Namun tugas sebagai wanita da;eiah lebih besar dari itu. Kesedaran kita terhadap tugas sebenar kita, hak sebenar kenapa kita diciptakan, membolehkan kita yakin pada apa yang kita lakukan walau timbul pelbagai salah faham masyarakat luar terhadap wanita daie;ah.
Namun perlulah kita ingatkan, dalam menjalankan tanggungjawab sebagai wanita daie;ah, perlulah kita pantau hati dan pergerakan kita selalu. Kita bimbang dan takut terjatuh kedalam lubang2 halus yang dilakukan oleh musuh utama kita yakni nafsu dan syaitan. Kita takut pada fitnah, sehingga kita berdoa dihujung solat sebelum salam, ya Allah , jauhkan kami dari siksaan api neraka, jauhkan kami dari siksa kubur, jauhkan kami dari fitnah dajjal dan juga fitnah kehidupan dan kematian..
Kita takut diri kita menjadi punca kepada segala bentuk fitnah, kerana kita telah diletakkan sebagai fitnah yang paling berat bagi lelaki.. namun yakinlah, andai iman membenteng diri kita, dan perlindungan Allah kita harapkan, keselamatan dan ketenangan akan kita perolehi didunia dan akhirat.
Wahai muslimat, mujahidah sejati, dalam akhir zaman yang penuh fitnah ini, berhati-hatilah dalam setiap langkahmu, berhati-hatilah dalam percakapanmu, berhati-hatilah dengan pandanganmu, juga berhati-hatilah dalam mendengar bisikan hatimu..
Banyakkan istighar, banyakkan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw, dan sentiasalah berdoa pada Allah agar menjauhkan kita semua dari fitnah, kemaksiatan dan kemunafikan..juga mohonlah padaNya agar dipermudahkan usaha kita menjalankan tanggungjawab dan hak kita sebagai wanita daie;ah.
-muslimah sejati-
“ Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga , harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu; namun...... tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar , dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang ....... tapi awas duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya......”
“Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah.Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah... Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk ..... ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada
lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya.
Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah ...... umpama sebutir permata yang didedahkan
buat perhatian umum dengan permata yang
diletakkan dalam satu bekas yang tertutup .....sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu
melebihi daripada yang terdedah, wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam......”
salam sayang,
suffiyah solehah
coretan ketika dulu.....
Tuesday, January 16, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment