Saturday, August 18, 2007

“MERDEKA DI MATA TIDAK DI HATI”

Ah bosan betul, dari tadi menghadap mesin taip berelektrik ni, masih tak dapat idea nak buat esei.. ah bukan aku nak buat sangat pun, tiba-tiba je kak Aida bagi moral support kat aku.. dah tu, tiba-tiba rajin plak tangan ni tulis nama kat kertas a4 yang di “seletip” kat dinding..naif sungguh, “white board” nya kat aras bawah sekali, terpaksalah main tampal je.. tak kisah le, janji maklumat sampai dan pengurus kolej tak nampak.. kalau nampak macam mana? Katalah penat nak turun tangga.. hehe..bernas idea tu.. takpe, tampal kejap je, “consider” ok la kan..Merapu lagi, merdeka… merdeka.. apa nak cerita pasal merdeka ni? Ala ni dah la first time tulis esei pasal kemerdekaan ni, idea pun kena kilatkan semula. Si Umi plak sangka aku ni berkebolehan dalam karang-mengarang ni, aku ni bukan lah pandai sangat, tapi kalau ada minat sikit, kira ok la jugak kan..Merdeka .. merdeka adalah bebas dari penjajah yang menjajah. Kenapa mereka suka menjajah? sebab diri mereka telah terjajah dengan perasaan hasad dengki, tamak, dan tidak boleh tengok kesenangan orang lain.. itu takrifan aku sendiri. Takpe esok aku pegi perpustakaan cari maksud sebenar merdeka.. kat internet pun ada. Nantilah aku merajinkan diri untuk esei aku nan satu ni..hehe. lagipun esok aku exam, aku kena merdekakan exam aku dulu baru aku boleh cerita pasal kemerdekaan ni.

……………………………………………………………………………………………..

Sambung lagi, merdeka adalah…Bebas dari sebarang bentuk penjajahan. Tidak kira penjajahan itu dari segi penjajahan tanah kelahiran, atau sempadan, penjajahan pemikiran, atau penjajahan yang bersifat internal, misalnya penjajahan emosi. Emosi terganggu disebabkan penjajahan perkara yang bertentangan dengan emosi seseorang individu tersebut.Bagi student macam aku ni merdeka tu mudah je “MERDEKA seorang pelajar ialah bila semua assignment dan ujian serta final berjaya dilalui dengan jayanya... korang pulak macammana?

………………………………………………………………………………………………

Baru aku tau sebenarnya merdeka yang sering disebut-sebutkan menjelang 31 ogos setiap tahun tu banyak membawa erti terutama golongan yang mengaku muda macam aku ni.. memang muda pun.. umur pun tak mencecah 40. kalau ikut kamus dewan bahasa edisi ketiga, umur untuk orang muda ni dalam lingkungan 15 hingga bawah 40.. atau belum tua, muda atau remaja.. tapi yang perlu aku dan anda-anda yang membaca esei aku ni tahu, merdeka ni bukan hanya merdeka dimulut.. tapi aku dan anda-anda sekalian kena buktikan diri, jiwa dan kehidupan ni bebas dari segala unsur yang membuatkan korang jadi tak bebas.. Jangan salah faham pulak maksud aku ni..korang kena teruskan membaca dulu. “ don’t judge book by its cover”. Jangan hakimi esei aku ni sebelum korang abis baca.. itu takrifan aku lagi la.. sebenarnya aku rasa penulisan aku ni pun tak merdeka la. Habis tatabahasa, nahu, grammar aku langgar.. rasa nya aku kena ubah sikit. Untuk menampakkan lagi unsur kemerdekaan dalam karya aku ni.

……………………………………………………………………………………………

Tanggal 31 bukan 8, 57Hari yang mulia, hari yang bahagiaKita sambut dengan jiwa yang merdeka..Merdeka..merdeka..Alhamdulillah, masih ada nikmat telinga untuk mendengar, walau bukan nasyid atau ayat-ayat mulia Al-Quran namun, semangat kemerdekaan ni ku alirkan dalam diri, agar diri ini yakin bahawa selagi mana cengkaman sekularisasi dan kejahilan yang masih membelenggu diri aku dan anda-anda semua yang membaca esei ini, kita semua tidak pernah merasa nikmat kemerdekaan sebenar. Diulang sekali lagi, kita semua tidak pernah merasai nikmat kemerdekaan sebenar. Kalau yang dah berumur 22 macam aku ni, 22 tahun la tak merasa nikmat sebenar kemerdekaan, tapi aku pandai la jugak nyanyi lagu merdeka, lepas tu, tiap-tiap tahun aku pasang bendera besar kat depan rumah, kira nak lawan dengan bendera jiran sebelah.. emm… itu lah aku dapat dari merdeka yang dilaung-laungkan.

………………………………………………………………………………………………

Hari berganti hari, musim berganti musim,merdeka datang dan pergi. Tiada perubahan .aku bukan lagi seorang mahasiswa. Kerjaya sebagai kaunselor di sebuah sekolah berasrama penuh membuat kat hari-hari ku sibuk dan terpaksa mengejar masa. Kini menjangkau umur 30.. emm.. belum tua jugak, tapi yang seronoknya walau belum tua, tapi aku dah kena jaga orang muda.. mesti pelik kan? Jaga suami dan anak-anak la. Baby boy and girl, twin. Bukan twin tower. Alhamdulillah.. namun sehingga saat ini aku masih memikirkan kemerdekaan diri yang sebenarnya. Dulu masa jadi anak kepada kedua ibu dan ayah, aku patuh pada mereka, aku perjuangkan kehendak hasrat mereka untuk lihat aku berjaya, dan kini bila aku berjaya mencapai apa yang aku perjuangkan, kedudukan ibu dan ayah aku diganti oleh suamiku. Walau bukan sepenuhnya tapi cukup untuk aku katakan disini, sebanyak 80% tanggungjawab ku selama ini telah beralih arah dengan menjawat jawatan isteri dan ibu. Mana erti kemerdekaan aku terhadap ibu bapa ku? Apakah ini kemerdekaan untuk diriku?

……………………………………………………………………………………………

Kini anak-anak dah menginjak keusia 20 an. Dua orang di tahun akhir Universiti Putra Malaysia, dua lagi masih berada di Matrikulasi UIA Petaling Jaya. Dan yang bongsu, puteri ku ni begitu bersemangat untuk menyambung bidang kedoktoran. Alhamdulillah , aku bagi sokongan untuk dia habiskan SPM nya pada tahun ni. Kehidupan tetap berjalan seperti biasa…bangun, tidur, kerja , masih sama. Putaran yang sama, masa yang sama, cuma tarikh dan tahun berubah.

…………………………………………………………………………………………......

(Adaptasi)5.60 petang21 hb Ogos 2005Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati Dari melihat bangsaku dijajah Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihinaAir mata tiada ertinya Sejarah silam tiada maknanya Sekiranya bangsa tercinta terpinggirDipersenda dan dilupakanBukan kecil langkah wira bangsa Para pejuang kemerdekaan Bagi menegakkan kemuliaan Dan darjat bangsa Selangkah bererti mara Mengharung sejuta dugaan Biarkan bertatih asalkan langkah itu yakin dan cermat bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kitaTugas kita bukan kecil Kerana mengisi kemerdekaan Rupanya lebih sukar dari bermandi Keringat dan darah menuntutnya Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan Kalau bangsaku asyik mengia Dan menidakkan, Mengangguk dan membenarkan, Kerana sekalipun bangganya negara kerana makmur dan mewahnya bangsaku masih melata dan meminta-minta di negaranya sendiriBukan kecil tugas kita Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita Kerana rupanya selain memerdekakan, Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsaraBangsaku bukan kecil hati dan jiwanya Bukankah sejak zaman berzaman Mereka menjadi pelaut, pengembara Malah penakluk terkemuka ? Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap Menjadi pedagang dan peniaga Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang ? Bukankah bangsaku pernah mengharung Samudera menjajah dunia yang tak dikenal Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau Yang tidak mengenal erti takut dan kematian ?Tugas kita belum selesai rupanya Bagi memartabat dan memuliakan bangsa kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya tetapi mengangkat darjat dan kemuliaanbuat selama-lamanya Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku Kerana masa depan belum menjanjikan syurga Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewaPerjuangan kita belum selesai Kerana hanya yang cekal dan tabah Dapat membina mercu tanda Bangsanya yang berjaya.Tun Dr Mahathir Bin MohamadErti Kemerdekaan
……………………………………………………………………………………………………………..

Perjuangan kita belum selesai…31 Ogos datang lagi. Kali ini baru aku benar-benar memahami erti kemerdekaan. Sudah setengah abad aku hidup, baru ku tahu erti kemerdekaan ini. Kemerdekaan yang dicapai kini, hanyalah kemerdekaan di mata, namun di hati kita, adakah kita merdeka? Bertuah bagi mereka yang dapat megecapi kemerdekaan sebenar sejak dari usia muda. Tidaklah dihujung usia, baru nak bermula segala-galanya. Sedangkan di usia muda segalanya masih kuat, minda ,fizikal , dan garapan spiritual yang mantap menjamin kemerdekaan abadi dan hakiki. Untuk anak-anak ibu, ibu akan penuhi dirimu dengan acuan kemerdekaan sebenar agar dikau tidak terlambat seperti ibu yang hanya merdeka dimata, tapi tidak dihati…

-TAMAT-
………………………………………………………………………………………………

Karya diatas ni tak dapat nak dipastikan adakah ia esei atau tak. Sebab dah takde idea sebenarnya. Ada idea lain, tapi tak sempat dah nak fikir. Tiba –tiba assignment bertambah, jadi terpaksa bagi tumpuan pada perkara yang lebih utama. Tapi penulis cuba juga untuk menyiapkan dalam jangka masa yang sememangnya tak mencukupi. Hehehe… selamat hari merdeka…merdeka!!!!

Nama : Nur Salbiha Binti Mohd Ali Hanafiah
No Matrik : 132107
No Bilik : 389 Salak, Kolej Ke 6, UPM
Program : Bachelor Pendidikan Bimbingan Dan Kaunseling

p/s : ni karangan masa muda2 dulu.. waktu mula-mula belajar.. alang2 tak dapat masuk final, masuk dalam blog pun kira ok la... lagipun tak sampai sebulan lagi kita dah nak menyambut kemerdekaan kan?.. jadi sesamalah kita muhasabah diri, apa erti kemerdekaan bagi diri kita..wallahua'lam..

No comments: