Thursday, December 21, 2006

RINTIHAN PADA SEBUAH CINTA

Aku cuba mencintaiMu, Tuhan,
Hati tidak juga terasa
Aku cuba berkali-kali pun,
Tidak juga terasa apa-apa
Aku fikir-fikirkan nikmatMu
Aku kenang-kenangkan rahmatMu
Agar nampak kemurahanMu
Atas nama ilmu aku akur
Namun aku belum juga jatuh hati denganMu
Aku susah hati, aku sedih selalu
Mengapa terjadi begini
Mengapa cintaku padaMu belum berbunga lagi
Sedangkan aku tahu, aku akui,nikmatMu terlalu banyak padaku
Kalau hendak dihitung, tidak mungkin dihitung walau melalui computer
Aku iri hati selalu, cerita dan berita orang soleh zaman dahulu
Hebatnya cinta mereka padaMu
Hilang selera makan kerana Mu
Asyik memuja dan memuji Mu
Mensuci dan membesarkanMu
Terutama diwaktu malam yang sepi
Diwaktu orang mimpi, mereka memujaMu
Merintih padaMu, mengharapkan kasih sayangMu
Air mata mereka membasahi pipi
Adakalanya menitis ke bumi
Mereka merasa Engkau adalah segala-galanya
Engkau adalah hidup mati mereka
Engkau adalah dibibir mereka
Engkau adalah hati jantung mereka,
Tapi aku tidak begitu
Aduh keras hatiku, keras hatiku
Hingga kini aku belum mencintai kekasih Agungku
Baru aku sedar, cinta padaMu adalah anugerah dan hidayahMu
Bertuahlah dan berbahagialah
Orang yang Engkau anugerahkan kecintaan terhadapMU
Aku bilakah lagi Tuhan…
Dapat sedikit pun jadilah..
Aku tidak putus asa
Aku cuba lagi, selagi ada nyawa dibadan
Dihujung hidup kalau dapat pun sudah cukuplah
Wahai Tuhan Al-Hannan Wal-Mannan.

1 comment:

Anonymous said...

As'kum.slmat pagi,segala puji hanya untuk Allah s.w.t,bersyukur kita kerna masih dberi masa untuk terus hidup di alam yang fana ini.Nilai lah diri kita adakah kita selalu bersyukur di atas segala nikmat2 yang di beri. udara untuk bernafas,cahaya untuk melihat,akal untuk berfikir dan jasad yang sihat untuk rukuk dan sujud kepada nya.
Dan salam persahatan untuk semua.