kepada semua yang pernah singgah blog ni, saya ucapkan terima kasih.
ini adalah post yang terakhir dari saya. blog ini tidak akan diupdate lagi buat
selama-lamanya.. dikesempatan ini, saya mohon maaf buat semua yang mengenali
diri saya sekiranya ada salah dan silap. moga anda semua dalam keberkatan dan rahmat Illahi..
doakan saya dan keluarga mencapai impian utama hidup kami.
Ambillah iktibar dari kata-kata Hassan Al-Basri ra. :
"...tanda-tanda Iman ditarik dari hati (ditutup pintu hatinya) ialah Allah akan sibukkan dirinya dengan urusan dunia..."(mafhum riwayah).
Lantas marilah kita bersama membina hubungan cinta makhluk kepada Khaliknya (Pencipta) dengan erti percintaan yang sebenar, Kalau inginkan kebahagiaan carilah cinta yang hakiki kepada Allah terlebih dahulu bukan kepada makhluk, seperti kata hikmah :
"cinta kepada bunga, bunga akan layu, cinta kepada manusia, manusia akan mati, sebaliknya cinta kepada Ilahi kekal abadi"...
Wallahua'lam
Tuesday, October 30, 2007
Wednesday, September 19, 2007
issue..
salam...emm...nampaknya boleh cerita pada permulaan jelah.. macam tak best je nak cerita lagi tentang isu2 seperti hal rumah tangga sendiri kan?..hehe.. tutup fail tu..nanti sambung bab2 lain pula yang lebih bersesuaian untuk pembacaan umum..
wallahu'lam.
wallahu'lam.
Pada Permulaan..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..
Assalamualaikum warahmatullah..
Erti sebuah perkahwinan
Melangsungkan perkahwinan juga diistilahkan ”mendirikan masjid” merupakan lambang penyatuan hati, lambang kasih sayang, lambang ketenangan. Semua orang rasa selamat ketika menjejakkan kaki ke masjid ada semangat sokong-menyokong, sama-sama sepakat meluruskan saf, patuh kepada perintah ketua sebelum mengadap Illahi apabila dipanggil tepat pada waktunya, 5 kali sehari. Semua seni peradaban dalam menjaga ketertiban dalam masjid turut terhimpun sama dalam sebuah ikatan perkahwinan.
Namun, perkahwinan bagi orang beriman adalah kerana mahu merebut ketenangan dalam beribadah. Dia mahu ibadahnya lebih khusyuk kerana kunci utama khusyuk ialah apabila setiap lelaki dan wanita berjaya mengawal pandangan mata, juga pandangan hati dan nafsu dari memandang wanita atau lelaki yang bukan muhrim. Inilah harga kemanisan iman yang dicari oleh lelaki dan wanita yang beriman yang mahu mengejar mardhatiLLah.
Bagi diriku, selaku isteri, mendirikan rumah tangga benar-benar mencabar harga keimanan untuk belajar patuh, merai, dan memuliakan suami sebagai orang baru dalam hidup ku. 4 tahun tanpa bersua muka, mendengar suara, dan email menjadi perantara membuatkan air mata ni sukar ditahan lagi tatkala pertama kali suami memberi salam, selepas diakad nikahkan.. itulah pertama kali, mendengar suara, dan melihat wajahnya, setelah aku selamat menjadi isterinya.
Suami yang ku kenali ini merupakan pensyarah yang menjadi penasihat sekretariat kerohanian di kolej ku ketika diploma dulu. Aku mengenalinya sekadar seorang pelajar dan pensyarah. Tidak pernah terfikir untuk menaruh hati padanya, apatah lagi menjadi isterinya. Rasa rendah diri dan tidak layak, membuatkan aku tidak pernah terfikir hal-hal sebegini. Namun, siapa tahu pengaturan Allah dalam kehidupan manusia. Soal jodoh pertemuan, rezeki, ajal dan maut itu berada ditanganNya. Aku bersyukur pada Allah atas pilihanNya.
Aku terharu apabila suami sendiri meminta izin dengan ibu dan ayah untuk berkawan denganku. Katanya, biarlah kami berkawan ketika itu dibawah pengetahuan dan keizinan ibu dan ayah. Juga izin dari ibu mertuaku. Ibu dan ayah ku yang pertama kali mendengar suaranya, aku menjadi orang kedua. Hmm, mungkin kerana akhlaknya itu menarik perhatian ibu dan ayah untuk menerimanya.
Pernah suatu ketika aku meminta no hp nya, bagi memudahkan untuk menghubunginya seandainya ada perkara penting yang perlu disampaikan, dan tidak melalui email, dia memberikan aku no hp yang dia tidak aktifkan. Aku pasti, dia sudah mengagak yang aku akan selalu menghantar tazkirah padanya. Bimbang dan takut pada perhubungan yang tidak terjaga, sekalipun saling ingat mengingatkan dalam perkara agama. Kadang-kadang malu juga pada diri sendiri..hehehe.
Walaupun kadang-kadang agak tertekan dengan perhubungan sekadar email ni, aku bersyukur kerana dia seorang yang tegas dalam menjaga perhubungan. Tidak dibiarkan diriku berada dalam khayalan perasaan yang bukan-bukan. Alhamdulillah..
Perasaan hormat yang melebihi perasaan sayang terhadap dirinya ketika itu, mengajar aku erti untuk menyayangi perhubungan ini semata-mata kerana keredhaanNya.
Hari pertunangan ku...
Akhir bulan Februari 2007, suami melamarku sekalipun ketika itu bukan lah waktu dalam perancangan kami untuk mengikat perhubungan ini. Perancangan kami mungkin akhir 2007 ni,setelah suami tamat pembelajarannya di Edinburgh, UK. Namun, kerana suami bercadang untuk menyambung lagi 2 tahun pHd nya, dia minta untuk kami awalkan perkahwinan kami. Katanya, untuk memudahkan perhubungan selepas itu..
Akhirnya 4 / 3 / 2007, aku selamat ditunangkan tanpa dia berada disisi. Hanya ibu dan adik beradik serta paman2 nya yang menghadiri majlis itu. Suami masih di UK, kerana tidak dapat pulang ketika itu. Perasaan ketika itu, sangat mendebarkan. Bagaimanakah penerimaan mertua ku..aku hanya bertawakal kepadaNYA. Majlis berjalan lancar dan tenang.. sewaktu ibu mertuaku menyarung cincin, dia mengucapkan terima kasih padaku kerana sudi menerima anaknya, dan memelukku. Hmm..terharu.. aku bertemu dengan ibunya dahulu, sebelum aku melihat wajahnya dalam 4 tahun ini.
3 hari selepas itu, suami mengirimi email, mengucapkan syukur atas segala yang telah Allah permudahkan. Namun nasihatnya, perjalanan masih panjang, dugaan dan halangan sentiasa akan hadir bagi menguji keimanan dan kecintaan kepadaNya. Aku pasrah padaNya, Dia lah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buatku dan suami.
Sepanjang pertunangan, kami masih berhubung menggunakan email. Tidak pernah dia berbincang dengan ku melalui talian telefon tentang perancangan hari perkahwinan kami. Dia lebih ”sudi” menelefon ibu dan ayah untuk membincangkan perkara ini. Aku pula, marah tu memang ada, kecik hati pun ada, tapi Alhamdulillah, bila difikir2kan hikmahNya, aku sangat bersyukur, Allah menjagaku dari fitnah. Ye, sepatutnya aku sentiasa wajib bersyukur padaNya. Walaupun sukar dan terseksa untuk menghadapinya, tapi semuanya akan berakhir dengan kemanisan yang membuatkan aku sentiasa tersenyum..... J
Eh..dah pukul 7.30pg, nak ke kulliah pulak kul 8 ni.. hehe.. sambung lain kali...
Puan salbiha.

Saturday, August 18, 2007
“MERDEKA DI MATA TIDAK DI HATI”
Ah bosan betul, dari tadi menghadap mesin taip berelektrik ni, masih tak dapat idea nak buat esei.. ah bukan aku nak buat sangat pun, tiba-tiba je kak Aida bagi moral support kat aku.. dah tu, tiba-tiba rajin plak tangan ni tulis nama kat kertas a4 yang di “seletip” kat dinding..naif sungguh, “white board” nya kat aras bawah sekali, terpaksalah main tampal je.. tak kisah le, janji maklumat sampai dan pengurus kolej tak nampak.. kalau nampak macam mana? Katalah penat nak turun tangga.. hehe..bernas idea tu.. takpe, tampal kejap je, “consider” ok la kan..Merapu lagi, merdeka… merdeka.. apa nak cerita pasal merdeka ni? Ala ni dah la first time tulis esei pasal kemerdekaan ni, idea pun kena kilatkan semula. Si Umi plak sangka aku ni berkebolehan dalam karang-mengarang ni, aku ni bukan lah pandai sangat, tapi kalau ada minat sikit, kira ok la jugak kan..Merdeka .. merdeka adalah bebas dari penjajah yang menjajah. Kenapa mereka suka menjajah? sebab diri mereka telah terjajah dengan perasaan hasad dengki, tamak, dan tidak boleh tengok kesenangan orang lain.. itu takrifan aku sendiri. Takpe esok aku pegi perpustakaan cari maksud sebenar merdeka.. kat internet pun ada. Nantilah aku merajinkan diri untuk esei aku nan satu ni..hehe. lagipun esok aku exam, aku kena merdekakan exam aku dulu baru aku boleh cerita pasal kemerdekaan ni.
……………………………………………………………………………………………..
Sambung lagi, merdeka adalah…Bebas dari sebarang bentuk penjajahan. Tidak kira penjajahan itu dari segi penjajahan tanah kelahiran, atau sempadan, penjajahan pemikiran, atau penjajahan yang bersifat internal, misalnya penjajahan emosi. Emosi terganggu disebabkan penjajahan perkara yang bertentangan dengan emosi seseorang individu tersebut.Bagi student macam aku ni merdeka tu mudah je “MERDEKA seorang pelajar ialah bila semua assignment dan ujian serta final berjaya dilalui dengan jayanya... korang pulak macammana?
………………………………………………………………………………………………
Baru aku tau sebenarnya merdeka yang sering disebut-sebutkan menjelang 31 ogos setiap tahun tu banyak membawa erti terutama golongan yang mengaku muda macam aku ni.. memang muda pun.. umur pun tak mencecah 40. kalau ikut kamus dewan bahasa edisi ketiga, umur untuk orang muda ni dalam lingkungan 15 hingga bawah 40.. atau belum tua, muda atau remaja.. tapi yang perlu aku dan anda-anda yang membaca esei aku ni tahu, merdeka ni bukan hanya merdeka dimulut.. tapi aku dan anda-anda sekalian kena buktikan diri, jiwa dan kehidupan ni bebas dari segala unsur yang membuatkan korang jadi tak bebas.. Jangan salah faham pulak maksud aku ni..korang kena teruskan membaca dulu. “ don’t judge book by its cover”. Jangan hakimi esei aku ni sebelum korang abis baca.. itu takrifan aku lagi la.. sebenarnya aku rasa penulisan aku ni pun tak merdeka la. Habis tatabahasa, nahu, grammar aku langgar.. rasa nya aku kena ubah sikit. Untuk menampakkan lagi unsur kemerdekaan dalam karya aku ni.
……………………………………………………………………………………………
Tanggal 31 bukan 8, 57Hari yang mulia, hari yang bahagiaKita sambut dengan jiwa yang merdeka..Merdeka..merdeka..Alhamdulillah, masih ada nikmat telinga untuk mendengar, walau bukan nasyid atau ayat-ayat mulia Al-Quran namun, semangat kemerdekaan ni ku alirkan dalam diri, agar diri ini yakin bahawa selagi mana cengkaman sekularisasi dan kejahilan yang masih membelenggu diri aku dan anda-anda semua yang membaca esei ini, kita semua tidak pernah merasa nikmat kemerdekaan sebenar. Diulang sekali lagi, kita semua tidak pernah merasai nikmat kemerdekaan sebenar. Kalau yang dah berumur 22 macam aku ni, 22 tahun la tak merasa nikmat sebenar kemerdekaan, tapi aku pandai la jugak nyanyi lagu merdeka, lepas tu, tiap-tiap tahun aku pasang bendera besar kat depan rumah, kira nak lawan dengan bendera jiran sebelah.. emm… itu lah aku dapat dari merdeka yang dilaung-laungkan.
………………………………………………………………………………………………
Hari berganti hari, musim berganti musim,merdeka datang dan pergi. Tiada perubahan .aku bukan lagi seorang mahasiswa. Kerjaya sebagai kaunselor di sebuah sekolah berasrama penuh membuat kat hari-hari ku sibuk dan terpaksa mengejar masa. Kini menjangkau umur 30.. emm.. belum tua jugak, tapi yang seronoknya walau belum tua, tapi aku dah kena jaga orang muda.. mesti pelik kan? Jaga suami dan anak-anak la. Baby boy and girl, twin. Bukan twin tower. Alhamdulillah.. namun sehingga saat ini aku masih memikirkan kemerdekaan diri yang sebenarnya. Dulu masa jadi anak kepada kedua ibu dan ayah, aku patuh pada mereka, aku perjuangkan kehendak hasrat mereka untuk lihat aku berjaya, dan kini bila aku berjaya mencapai apa yang aku perjuangkan, kedudukan ibu dan ayah aku diganti oleh suamiku. Walau bukan sepenuhnya tapi cukup untuk aku katakan disini, sebanyak 80% tanggungjawab ku selama ini telah beralih arah dengan menjawat jawatan isteri dan ibu. Mana erti kemerdekaan aku terhadap ibu bapa ku? Apakah ini kemerdekaan untuk diriku?
……………………………………………………………………………………………
Kini anak-anak dah menginjak keusia 20 an. Dua orang di tahun akhir Universiti Putra Malaysia, dua lagi masih berada di Matrikulasi UIA Petaling Jaya. Dan yang bongsu, puteri ku ni begitu bersemangat untuk menyambung bidang kedoktoran. Alhamdulillah , aku bagi sokongan untuk dia habiskan SPM nya pada tahun ni. Kehidupan tetap berjalan seperti biasa…bangun, tidur, kerja , masih sama. Putaran yang sama, masa yang sama, cuma tarikh dan tahun berubah.
…………………………………………………………………………………………......
(Adaptasi)5.60 petang21 hb Ogos 2005Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati Dari melihat bangsaku dijajah Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihinaAir mata tiada ertinya Sejarah silam tiada maknanya Sekiranya bangsa tercinta terpinggirDipersenda dan dilupakanBukan kecil langkah wira bangsa Para pejuang kemerdekaan Bagi menegakkan kemuliaan Dan darjat bangsa Selangkah bererti mara Mengharung sejuta dugaan Biarkan bertatih asalkan langkah itu yakin dan cermat bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kitaTugas kita bukan kecil Kerana mengisi kemerdekaan Rupanya lebih sukar dari bermandi Keringat dan darah menuntutnya Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan Kalau bangsaku asyik mengia Dan menidakkan, Mengangguk dan membenarkan, Kerana sekalipun bangganya negara kerana makmur dan mewahnya bangsaku masih melata dan meminta-minta di negaranya sendiriBukan kecil tugas kita Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita Kerana rupanya selain memerdekakan, Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsaraBangsaku bukan kecil hati dan jiwanya Bukankah sejak zaman berzaman Mereka menjadi pelaut, pengembara Malah penakluk terkemuka ? Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap Menjadi pedagang dan peniaga Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang ? Bukankah bangsaku pernah mengharung Samudera menjajah dunia yang tak dikenal Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau Yang tidak mengenal erti takut dan kematian ?Tugas kita belum selesai rupanya Bagi memartabat dan memuliakan bangsa kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya tetapi mengangkat darjat dan kemuliaanbuat selama-lamanya Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku Kerana masa depan belum menjanjikan syurga Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewaPerjuangan kita belum selesai Kerana hanya yang cekal dan tabah Dapat membina mercu tanda Bangsanya yang berjaya.Tun Dr Mahathir Bin MohamadErti Kemerdekaan
……………………………………………………………………………………………………………..
Perjuangan kita belum selesai…31 Ogos datang lagi. Kali ini baru aku benar-benar memahami erti kemerdekaan. Sudah setengah abad aku hidup, baru ku tahu erti kemerdekaan ini. Kemerdekaan yang dicapai kini, hanyalah kemerdekaan di mata, namun di hati kita, adakah kita merdeka? Bertuah bagi mereka yang dapat megecapi kemerdekaan sebenar sejak dari usia muda. Tidaklah dihujung usia, baru nak bermula segala-galanya. Sedangkan di usia muda segalanya masih kuat, minda ,fizikal , dan garapan spiritual yang mantap menjamin kemerdekaan abadi dan hakiki. Untuk anak-anak ibu, ibu akan penuhi dirimu dengan acuan kemerdekaan sebenar agar dikau tidak terlambat seperti ibu yang hanya merdeka dimata, tapi tidak dihati…
-TAMAT-
………………………………………………………………………………………………
Karya diatas ni tak dapat nak dipastikan adakah ia esei atau tak. Sebab dah takde idea sebenarnya. Ada idea lain, tapi tak sempat dah nak fikir. Tiba –tiba assignment bertambah, jadi terpaksa bagi tumpuan pada perkara yang lebih utama. Tapi penulis cuba juga untuk menyiapkan dalam jangka masa yang sememangnya tak mencukupi. Hehehe… selamat hari merdeka…merdeka!!!!
Nama : Nur Salbiha Binti Mohd Ali Hanafiah
No Matrik : 132107
No Bilik : 389 Salak, Kolej Ke 6, UPM
Program : Bachelor Pendidikan Bimbingan Dan Kaunseling
p/s : ni karangan masa muda2 dulu.. waktu mula-mula belajar.. alang2 tak dapat masuk final, masuk dalam blog pun kira ok la... lagipun tak sampai sebulan lagi kita dah nak menyambut kemerdekaan kan?.. jadi sesamalah kita muhasabah diri, apa erti kemerdekaan bagi diri kita..wallahua'lam..

Saturday, July 21, 2007
Kesedihanku
Setakat inilah yang dapat ku
Sembahkan padaMU Tuhan
Sudah tentu terlalu banyak kekurangannya
Aku terlalu sedih sebenarnya..
Wahai Tuhan,
Ku anugerahkan sesuatu kepadaMU
Yang tidak sepadan
Tapi apakan daya
Setakat inilah yang ku mampu
Telah ku lakukan sedaya yang termampu
Hanya masih setakat ini sahaja
Kau tahu betapa sedihnya aku
Jiwa ku merintih selalu
Jiwa ku derita Engkau pun tahu
Mengenangkan ibadahku selalu kurang
Bagaimanapun ku harap terimalah
Walaupun serba kekurangan
Aku sangat malu dengan MU Tuhan
Nikmat yang Engkau kurniakan banyak
Namun ibadahku sangatlah kurang
Tuhan, maafkanlah aku
Dengan rahmatMU
Ampunkanlah dosa-dosa aku
Janganlah Engkau bertindak keatas ku.

Emansipasi wanita pada zaman Rasulullah
Semenjak lebih kurang 1400 tahun yang lalu, pada masa hayat Rasululllah , telah wujud beberapa perkumpulan wanita yang ditubuhkan secara tidak formal dan hanya bersifat sementara. Anggota hanya terdiri daripada wanita yang bersatu untuk mencapai sesuatu matlamat, seperti kumpulan wanita yang keluar ke medan perang untuk berjihad membantu tentera islam.
Asma’ binti Yazid al-Ansariyah, seorang perawi hadith bijaksana, berpegang teguh kepada agama dan pandai berpidato. Asma’ pernah berjihad bersama-sama tentera islam di dalm peperangan Yarmuk. Beliau digelar sebagai Khatibah al-Nisa’ pernah mewakili wanita dalam menyuarakan pandangan dan pendapat wanita kepada Rasulullah.
Ibn Abd al-Bar dalam kitabnya al-Isti;ab Fi Asma’ al-Ashabi, menyatakan bahawa Asma’ binti Yazid telah datang kepada Rasulullah dan berkata “sesungguhnya aku adalah utusan (wakil) dari perkumpulan wanita islam . Mereka sekata dan sependapat dengan ku. Sesungguhnya Allah swt telah mengutusmu kepada kaum lelaki dan wanita. Maka kami semua beriman dan mengikut ajaranmu tetapi kaum wanita mempunyai pergaulan yang terbatas dan terikat dengan peraturan rumahtangga, menjadi teman kepada lelaki dan mengalami masa hamil. Sedangkan lelaki mempunyai beberapa keistimewaan, mereka bersembahyang jemaah, mengiringi jenazah dan berjihad dimedan perang. Ketika mereka keluar berjihad, kamilah yang menjaga harta dan mendidik anak-anak mereka. Maka bolehkah kami berkongsi pahala dengan mereka itu ya Rasulullah?
Asma’ binti Yazid yang menjadi wakil wanita islam pada masa itu telah mengemukakan dua perkara penting kepada Rasulullah. Pertama ; rasa tidak puas hati dikalangan wanita islam atas sebab adanya perbezaan tugas antara mereka dengan lelaki. Kedua; tuntutan supaya wanita mendapat ganjaran pahala yang sama dengan lelaki.
Peranan yang dimainkan oleh Asma’ binti Yazid ini tidaklah sama dengan peranan yang dimainkan oleh gerakan pembebasan wanita islam yang ada pada masa kini. Gerakan pembebasan wanita islam pada masa kini sentiasa menyuarakan perasaan tidak puas hati kaum wanita. Mereka menuntut kebebasan wanita dalam menyamakan hak diantara wanita dan lelaki.
Perbezaan yang ketara diantara kumpulan wanita pada masa zaman Rasululllah dengan pergerakan pembebasan wanita pada masa kini ialah pada matlamat perjuangan. Matlamat perjuangan wanita pada zaman Rasulullah adalah untuk kepentingan agama dan akhirat mereka. Sedangkan matlamat perjuangan gerakan pembebasan wanita masa kini ialah untuk mendapat ganjaran meterial dan kepentingan duniawi.
Wanita yang menyedari hakikat kehidupan yang sementara ini, akan faham tuntutan agama terhadap dirinya. Mereka memperjuangkan sesuatu perkara itu bukan lah kerana mencari kepuasan diri atau membina nama dan kemashuran tapi demi mengangkat ‘izzah wanita yang telah diselamatkan dari “kegelapan” yang pernah dilalui oleh wanita pada zaman kejahilan dahulu sehinggalah cahaya islam menerangi serata alam.

Sunday, April 15, 2007
doa kami
“Allahumma Rabbana hab lana min azwajeena wa dzuriyatina qurratu a’yunwaj’alna lilmuttaqeena imama.”
“Rabbi habli minassolihin.”
“Rabbi habli minassolihin.”
mencari dan menjumpai..
“siapa yang menunjukimu pada amal-amal syariat, pasti ia melelahkanmu, sesiapa yang menunjukimu pada dunia bererti ia menipumu, sementara siapa yang menunjukimu pada Allah bererti ia benar-benar telah memberimu nasihat”
kata-kata kat atas ni saya ambil dari kata-kata hikmah karya dari seorang ahli tasawuf yang terkenal..boleh teka sape?..yang mengarang kitab al-Hikam.. mesti boleh teka punya..
hmm.. sebenarnya, kata-kata ni sengaja dicari gali semula, rentetan mencari sumber2 yang dapat mengukuhkan apa yang diperjuangkan..
alahai, idea tak boleh nak keluar la.. Wallahua'lam..

Monday, April 9, 2007
apa dah jadi? hehe
Assalamualaikum warahmatullah
huhu, lama sungguh tak update blog ni..sampai tahap, nak buka pun susah sebab tak selalu dibuka..hehe.. sibuk ke? agak la kot.. but, bukan salah masa, tapi salah sendiri kerana tidak pandai menguruskan masa..hehe
kehidupan macam biasa, perlu diteruskan walau bagaimana pun keadaanya..bak kata pensyarah saya, life must go on, just do it.. namun perkara pokok yang paling penting, kena faham dan yakin bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu kerana ada yang mengaturnya. maka kepercayaan dan keyakinan yang kukuh kepada kekuasaan dan keagungan Allah perlu wajib sentiasa ada dalam kehidupan kita ini. maka dengan "rasa-rasa" inilah akan meningkatkan semangat untuk terus hidup dan menjalankan tanggungjawab yang sedia terpikul dibahu.
keseronokan dan kemanisan yang dirasai oleh orang yang hatinya dekat dengan Tuhannya, akan melahirkan natijah kemanisan dan keseronokan dalam amalnya pula. maka andai berlakunya, kesempitan atau kesedihan, hatinya tetap lapang kerana ia yakin janji-janji Tuhannya yang Maha Agung.
kerana balasan manakah yang paling kita ingini dalam kehidupan ini, selain balasan yang tersedia dari Pencipta kita, Dia yang MAHA PENGASIH dan MAHA PENYAYANG.
Wallahua'lam.

Friday, February 23, 2007
warkah dari UK
Mohon maaf kerana tidak dapat memberi respon lbh awal… Desakan masa menuntut saya meluangkan lebih banyak waktu utk kerja2 di makmal. Masa semakin singkat sekarang..subhanAllah.
Kontrak perkhidmatan dgn pihak universiti ialah dari 4-10 tahun
bergantung tempoh pengajian. Syaratnya di dalam tempoh itu kita ditaja oleh pihak Universiti dan tertakluk kpd perjanjian yg dimeterai sblm pengajian bermula. Sama ada gagal atau berjaya sesorang itu tetap tertakluk utk berkhidmat dengan universiti. Cumanya jika calon itu ingin menarik diri selepas pengajian bermula (sebelum tamat) mungkin ini akan memberi implikasi bahawa calon akan dikenakan penalti berupa bayaran pampasan kepada pihak penaja, bergantung kpd kontrak yg telah dipersetujui. Pencapaian akademik adalah penting namun hanyalah sebahagian dari kriteria yang dinilai utk jawatan tenaga pengajar di universiti. Ada kriteria lain yang diambilkira bergantung kpd bidang dan pengkhususan. Saya ucapkan selamat maju jaya. Semoga saudari akan berjaya.
Tekanan dan cabaran adalah fitrah kehidupan. Boleh dilihat secara
positif atau negatif. Boleh membina..juga boleh meruntuhkan. Selalulah melihatnya secara positif kerana semua yg terjadi adalah sebahagian dari rahsia Allah dalam mengatur perjalanan hidup manusia. Selalunya bergilir-ganti dengan sesuatu yang dianggap nikmat dan rezeki. Ingatlah semuanya datang dari Allah. Juga pujian manusia, anggaplah juga pujian dari Allah (Terlalu banyak aib diri rupanya Allah tutupkan aib ini dari dilihat orang dan ditunjukkan yg baik2 shj….masyaAllah). Kutukan manusia.....mungkin juga tegurandari Allah. Terimalah secara positif. Mungkin memang ada silap kita di sana-sini.
Tanggungjawab hamba adalah beribadat kepadaNya setulus hati, meminta dan berdoa perkara yg baik2 kepadaNya, bersangka baik2 denganNya, usaha dengan kudrat yg ada dan berlapang dada (sabar atau reda) dgn apa yag diterima, serta berterusan bertaubat & muhasabah utk memperbetulkan kesilapan lalu......dan tidak lupa bersyukur dan bersyukur...
Pilihan dibuat oleh hati, dan setiap orang diberi peluang utk membuat pilihan setiap masa (sehingga sampai satu waktu). Dan pilihan inidijelmakan dalam perbuatan. Pilihan yg dipandu dgn hati yg bersih insyaAllah akan melahirkan perbuatan dan natijah yg baik (rujuk Quran 91: 8-10). Selain itu, niat adalah unsur penting dalam setiap gerak dan amalan. Andai niat melakukan sesuatu ikhlas, bulat kerana Allah, tidak timbul soal mahu dikenali atau tidak. Kerana setiap amalan kembali kepadaNya dan Dialah penilai terbaik setiap amalan hamba, sama ada yang dilakukan secara terang atau tersembunyi (rujuk Quran 31: 22; 67: 13-14).
Tidak salah juga berimpian, asalkan impian yg baik2. Pasti Allah akan
kabulkan jika kita meminta. Tapi jalan utk sampai ke impian itu hanya Allah lebih tahu. Itulah rahsia Allah. Itulah kebijaksanaanNya. Noktah terakhir pekerjaan atau kehidupan kita juga Allah yang lebih
mengetahui. (rujuk Quran 31: 34)Maksud hadith RasuluLlah S.A.W. yg saya kira cukup berguna dijadikan sebagai prinsip dan motivasi hidup: Jika seseorang merendahkan diri pasti Allah akan meninggikan martabatnya (di sisiNya). Kalau seseorang
bersikap zuhud di sisi Allah dan dgn apa yg ada di sisi manusia, maka
ia akan dikasihi oleh Allah dan manusia. Sifat seorang muslim ialah
meninggalkan daripada menyibukkan diri dengan perkara yg tidak kena mengena dengan dirinya......WaLlahua’lam. Moga Allah golongkan kita semua di kalangan orang2 yg bersyukur.
Segala yang baik itu pastinya datang dari Allah.

Wednesday, February 7, 2007
sikap-sikap kita
Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan jika mereka bermaksud hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindungmu). Dialah yang memperkuatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan para mukmin. Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang berada dibumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha perkasa lagi maha bijaksana. Al-Anfal -61 hingga 63.
Alangkah indahnya tarbiyah yang Allah sampaikan pada manusia melalui firman diatas. Sesungguhnya setiap kebaikan yang dilakukan oleh seorang hamba Allah itu perlulah dibalas dengan kebaikan malah lebih dari kebaikan yang telah diberikan. Namun, bila seseorang hamba Allah itu melakukan sesuatu kejahatan, tidak pula Allah mendidik kita dengan membalas kejahatan tersebut, cukuplah kita menyerah urusan itu kepada Allah, kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
Jika dilihat dalam konteks kita sebagai sebuah persatuan pelajar yang membawa misi menyebar luas keindahan islam itu sendiri, perlu mengambil berat kedudukan hati kita sebagai sahabat kepada sahabat yang lain. Apa yang dimaksudkan kedudukan hati sebagai sahabat kepada sahabat yang lain? Adakah sekadar cukup kita memenuhi keperluan asas sahabat-sahabat kita? Bagaimana pula kedudukan sangkaan-sangkaan hati kita kepada sahabat-sahabat yang ada disekeliling kita?
Mendidik hati untuk sentiasa bersangka baik dan berlapang dada adalah satu usaha yang sangat tinggi tuntutannya dalam menjalankan gerak kerja yang berunsurkan perkumpulan atau jemaah. Ini kerana, gerak kerja sebegini melibatkan ramai individu yang mempunyai pelbagai cirri dan keunikan tersendiri. Kepelbagaian cirri inilah menuntut kita untuk membina 3 kesatuan utama, iaitu kesatuan hati, kesatuan fikiran dan kesatuan amal. Maka kesatuan yang paling utama adalah kesatuan hati, barulah wujudnya kesatuan fikiran dan kesatuan amal.
Rujuk kembali ayat ke 63 surah diatas, kekayaan atau dunia seisinya tidak mampu mempersatukan hati kita semua, biarpun kita memiliki segalanya, Allah jualah yang mempersatukan hati kita semua dalam rahmat dan kasih sayangNYA.
Sentiasalah kita memanjatkan doa dan munajat kepadaNya, agar disatukan hati kita dalam keimanan dan ketakwaan kepadaNya, juga dijauhkan dari segala penyakit-penyakit hati yang mengundang perselisihan yang seterusnya membawa kepada perpecahan. Andai berlaku jua perselisihan, kembalilah diri kita kepada fitrah diri yang amat memerlukan Allah dalam setiap apa jua keadaan, kerana kita sendiri hanya hamba yang wajib tunduk dan patuh pada Pemilik seluruh alam. Wallahua’alam.
Suffiyah solehah.
Thursday, January 25, 2007
Dia Dan Aku
Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap
Pasti diri mu kan memahami
Harapan kasih yang terbina sekian lama
Disudut hatiku
Hanya lah untukmu
Bukanlah aku sengaja melindungi resah dijiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuat angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran
Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan, tetapi sebuah janji
Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bisa mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap
Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam sekian lama
Disudut hatiku, hanyalah untukmu selamanya.
.......... bersama2lah kita mengikhlaskan hati dan membulatkan harapan semata2 kepadaNya, mudah2an kita sentiasa dipimpin untuk membuat pilihan yang betul dan dipermudahkan segala urusan kerja2 dan usahakita untuk mejadi hamba yang bertaqwa & soleh di sisiNya...........
Ya Allah, permudahkan urusanku dan urusannya, apa yang kami lakukan semata mengharap keredhaanMU, dan kami pasrah pada setiap ketentuanMu ya Allah.. kepadaMu kami bertawakkal dan kepadaMu kami dikembalikan... Ameen..

Friday, January 19, 2007
Kecelaruan Identiti Dikalangan Pelajar
Apa yang dapat kita fahami dari perkataan kecelaruan? Identiti? Mengikut Kamus Dewan Bahasa edisi keempat (2005) perkataan kecelaruan berasal dari kata akar celaru; bercelaru yakni bermaksud kekaburan, tidak tentu arah, tidak beraturan (berketentuan, keruan dan lain-lain) juga dimaksudkan sebagai kacau bilau. Manakala kecelaruan dimaksudkan sebagai perihal bercelaru ( bukan keadaan, fikiran dan lain-lain). Mankala mengikut kamus Fajar terbitan Fajar Bakti, kecelaruan dimaksudkan suatu hal yang tidak beres.
Identiti pula dimaksudkan sebagai sifat-sifat (ciri dan sebagainya) yang terdapat pada seseorang atau sesuatu yang sebagai suatu keseluruhan memperkenalkannya @ mengasingkannya daripada yang lain.(Kamus Dewan Bahasa edisi keempat 2005).
Maka dapat disimpulkan disini, kecelaruan identiti adalah kekaburan atau tidak kepastian tentang ciri-ciri atau identiti yang perlu ada pada diri. Ciri-ciri atau sifat diri dilihat tidak sinonim dengan apa yang patut diterjemahkan. Keliru dengan karakter, penampilan, kendiri dan sikap diri.
Kecelaruan identiti yang berlaku dikalangan pelajar sekolah atau remaja semakin membimbangkan. Pelajar dilihat sudah melupai tanggungjawab asal mereka sebagai pelajar, anak atau mungkin lebih spesifik, tanggungjawab mereka membangunkan diri mereka sebagai manusia yang berguna dan berupaya menjadi generasi yang dilahirkan sebagai cemerlang, gemilang dan terbilang.
Banyak isu atau masalah yang menyumbang kepada kecelaruan identiti dikalangan pelajar ini, namun saya hanya mengariskan 4 masalah utama yang sering menjadi perkara fokus dalam menangani permasalahan ini. 4 masalah utama yang menjadi perkara pokok adalah “anti sosial , isu kelucahan, hedonistik dan hilang identiti sebagai pelajar.
Anti-sosial
Anti-sosial merupakan satu permasalahan yang biasa berlaku dikalangan pelajar. Anti-sosial ini diletakkan dibawah sub topik pemilihan identiti negatif dikalangan pelajar. Pemilihan identiti negatif ini berasaskan dari berlakunya kekaburan identiti atau kegagalan mencapai identiti yang stabil. Rahil Mahyuddin,Habibah Elias (2003).
Perlakuan yang dikenalpasti sebagai antisosial adalah segala pelakuan yang melanggar peraturan sekolah.Anti sosial ini seringkali disebabkan oleh pelbagai pihak. Dan pelajar bukanlah punca utama pembawa kepada permasalahan antisosial. Antara punca yang membawa atau menyumbang kepada permasalahan identiti ini adalah, perhubungan pelajar dengan ibubapa, stail keibubapaan, perbezaan kelas sosial dan keadaan keluarga. Kesan persahabatan dan pengaruh sekolah juga dianggap sebagai penyumbang kedua kepada permasalahan anti-sosial ini. Rahil Mahyuddin,Habibah Elias (2003)
Jika perlakuan anti-sosial ini tidak diambil berat atau tidak dicari penawarnya, berkemungkinan, permasalahan lebih besar akan berlaku seperti delikuen juvana. Antara perlakuan yang menjurus kepada delikuen juvana adalah mencuri, merompak, minum minuman keras, bergaduh antara gang, lumba motor/ kereta, penyalahgunaan dadah dan pelbagai lagi kes yang kadangkala sehingga melibatkan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia.
Kelucahan
Lucah dimaksudkan sebagai hina, keji, sangat rendah, tidak senonoh dan tidak sopan (Kamus Dewan Bahasa edisi keempat 2005). Manakala kelucahan dimaksudkan sebagai kecabulan, kehinaan dan kekejian. Fenomena lucah ini sangat membimbangkan para ibubapa dan masyarakat sekeliling, bilamana isu ini berlarutan sehingga tercetusnya masalah pencabulan, rogol dan sebagainya. Kebelakangan ini, laporan akhbar atau televisyen yang menyatakan pelajar dirogol atau menjadi perogol yang mana rata-rata mereka ini berumur dalam lingkungan umur 10 hingga 18 tahun yang masih dibangku sekolah. Tidak hairanlah jika mereka ini berani membawa bahan lucah ke sekolah untuk dikongsi bersama rakan lain malah mereka berani melakukan perbuatan yang tak senonoh dan terkutuk itu di dalam tandas atau mana-mana tempat di kawasan sekolah. Hal ini berlaku tidak lain disebabkan oleh faktor pengaruh bahan lucah yang murah dan mudah diperolehi . Berdasarkan satu keratan akhbar yang saya rujuki yang mana tajuknya , ‘ Ibu bapa dan anak kongsi bahan lucah’(Berita Harian: 22 Oktober 2001). Laporan di berdasarkan kajian sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) ke atas 381 murid Tahun 6 dari mukim Ulu Tiram, Kulai dan Kota Tinggi mendapati perbuatan tidak bermoral ibu bapa antara faktor yang mendedahkan kanak-kanak terbabit kepada bahan dan unsur lucah.Walaupun penguatkuasaan telah dijalankan oleh pihak kerajaan VCD lucah masih lagi yang boleh dibeli di pasaran terbuka seperti pasar malam dengan hanya RM5 sahaja setiap satu. Mereka sering menonton ‘aksi’ yang boleh menaikkan nafsu seterusnya ia akan mendorong mereka ini untuk melakukan perbuatan merogol dan membunuh. Oleh sebab kebanyakan mereka dalam lingkungan umur persekolahan, pihak sekolah, ibu bapa, polis, dan masyarakat tidak boleh memandang masalah ini dengan ringan, malah sesuatu yang berkesan perlu dilakukan segera untuk membendung gejala yang amat membimbangkan ini. Pihak penguatkuasa undang-undang juga bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan yang kurang berkesan. Pengusaha tempat hiburan yang hanya mementingkan keuntungan dan tidak mempedulikan soal moral dan etika juga bertanggungjawab terhadap gejala yang membimbangkan tersebut. . Oleh yang demikian, penguatkuasaan perlu ditingkatkan dan diketatkan, dan pengusaha pula kembali memikirkan tindakan mereka demi masa depan generasi muda. Manakala budaya couple memberi pelajar tersebut kesempatan untuk mengaplikasi ”ilmu lucah” yang mereka pelajari terhadap pasangan mereka. Ini semua menyumbang kepada keruntuhan akhlak pelajar yang dianggap pewaris negara.
Hedonistik
Hedonistik atau hedonisme merupakan satu pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan @ kesenangan hidup. Dewan Bahasa Dan Pustaka (2005). Hedonistik juga dimaksudkan sebagai kelakuan atau perilaku yang didasarkan kepada kepercayaan bahawa keseronokan seharusnya menjadi tujuan utama dalam hidup (A.S Hornby 2000). Kenapa dikaitkan pelajar dengan hedonisme?. Pelajar merupakan golongan remaja yang mempunyai nilai diri yang ingin bebas, tidak mahu dikongkong, serta mempunyai pandangan-pandangan mereka sendiri tentang kehidupan. Contohnya, walupun remaja itu gemar muzik tetapi tidak akan mengikuti kursus muzik hanya kerana idea kursus muzik itu datang daripada ibubapanya dan bukan daripada dirinya sendiri. Tambahan lagi apabila remaja sedar itu sedar bahawa ibubapa bukanlah sempurna seperti yang dianggapnya semasa kanak-kanak, maka dia mungkin tidak mahu langsung mendengar kata-kata nasihat ibubapa (Jesselson,1980). Apabila tidak berjaya dalam usaha menyelesai masalah mengikut cara yang dinasihatkan oleh ibubapa, remaja akan tidak lagi mendengar kata tentang apa jua perkara termasuk masalah sekolah dan perhubungan sosial.
Justeru, budaya hedonistik atau budaya mencari keseronokan semata-mata ini kian menular dalam jiwa pelajar atau remaja bagi memenuhi tuntutan darah muda mereka. Seperti yang kita tahu, kecenderungan seseorang untuk memilih sesuatu adalah untuk memuaskan nafsu dan jarang sekali kecenderungan memilih itu berdasarkan pilihan rasional, terutama dikalangan golongan muda sekarang.
Hedonistik dianggap sebagai salah satu penyumbang kepada kecelaruan identiti dikalangan pelajar. Mereka keliru untuk membuat pilihan tepat bagi kebaikan diri mereka. Mereka hanya tahu bagaimana untuk hidup dalam keseronokan,tanpa memikirkan implikasi yang akan mereka hadapi dihari muka nanti.
Hilang Identiti Sebagai Pelajar
Apa yang dimaksudkan dengan hilang identiti sebagai pelajar? Dan apa pula identiti seorang pelajar? Identiti pelajar merupakan ciri-ciri yang perlu ada pada diri seorang pelajar. Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, salah satu matlamatnya adalah merupakan kearah pembentukan insan seimbang sepadu dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani. Dari huraian aksiologi mengenai matlamat ini, falsafah pendidikan kebangsaan ini bermatlamat ingin melahirkan rakyat malaysia yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab- menekankan ciri peribadi mulia dalam diri individu (Habsah Ismail 2004)
Identiti inilah yang telah lenyap dalam diri murid secara sedikit demi sedikit. Murid kini lebih dikenali sebagai pembuli, gengster, kaki pukul, kaki lawan, kaki rokok dan paling dirisaukan pelajar menjadi ejen dadah dan pil estacy. Hasilnya, wujudlah kekeliruan dalam mengembangkan bakat atau membangunkan fungsi pelajar disekolah seterusnya gagal melahirkan generasi warisan yang ampuh dalam mendepani permasalahan globalisasi.
Suffiyah solehah
Pendidikan Bimbingan Dan Kaunseling
UPM
Tuesday, January 16, 2007
coret-coretan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Tersentuh hati bila mendengar alunan selawat 10 hajat yang dialunkan oleh kumpulan Nowseeheart. Kala sunyi malam, alunan selawat memuji nabi Muhammad saw memenuhi ruang bilik membuatkan diri kecewa dan sedih yang amat melihatkan bagaimana makhluk hina diluar yang mempermain2kan junjungan besar Nabi saw. Sempat ketika habis sesi kaunseling malam tadi ke cybercafe. Perancangannya untuk hantar maklumat yang diperlukan oleh mujahidah di UTM untuk agenda tamrin hewi, namun tergerak dihati untuk save ke dalam pen drive email yang telah diperolehi sebelum ini.
Menggunakan pc peribadi, email tadi dibuka kembali.. ahh.. Ya Allah, kekasihMU dipersendakan, kekasihMU dipermainkan…Allahummasolli ala saidinaMuhammad..
Sedih nya hati ini, air mata tumpah lagi untuk kesekian kalinya. Nabi Muhammad saw, nabi yang kita sentiasa selawat padanya, yang kita sentiasa mengharap syafaat darinya, telah diletak dan digambarkan dengan keadaan yang sehina-hinanya. Astaghfirullah.. istighfar menahan kemarahan dihati..
Biarpun ia telah berlalu, namun sakitnya sehingga kini..dendam?
Tanya pada diri sendiri, sejauh mana hati berfungsi dan sensitive terhadap penghinaan yang dilemparkan pada Rasulullah saw. Sejauh mana kecintaan kita pada junjungan besar Nabi saw? Adakah kita hanya marah, dan benci, namun tidak ada tindakan susulan? Adakah kita marah kerana nafsu? Atau kita marah kerana kecintaan kita pada baginda saw? Bila kita marah kerana nafsu, kita hanya akan marah sekejap, namun tindakan pembaikan, tindakan meneruskan risalah nubuwwah kita tinggalkan tanpa sebarang usaha menggerakkan? Adakah itu tanda sensitive kita pada apa yang telah berlaku sekarang? Tanyalah pada diri kita..
Keadaan umat islam yang semakin hari semakin parah, semakin dipermainkan secara halus, terutama dikalangan wanita, sepatutnya menyedarkan kita wanita islam yang memikul amanah dakwah ini untuk berfungsi sebagai ejen pengislahan. Dalam kesibukan menguruskan urusan belajar, urusan persatuan, kita lupa bahawa kita ini ada tanggungjawab tersendiri sebagai ejen pembaikan. Maksudnya kita bukan diciptakan untuk menyeru manusia kerana hanya kita berada didalam jemaah, tapi tanggungjawab asal kita yang diciptakan dengan sebaik-baik kejadian adalah untuk menyeru kepada kebaikan dan menegah kepada kemungkaran disamping meningkatkan lagi kualiti keimanan.
Sebagai seorang hamba yang diciptakan dengan ciptaan sebaik-baik kejadian, kita perlu menggunakan masa yang ada dengan sebaik-baik mungkin. Setiap saat amat berharga. Masa yang dilalui bersama ibu bapa, sahabat dan sesiapa sahaja, perlu dihormati hak-haknya dengan memaksimumkan usaha dakwah didalamnya. Kadang-kadang kita lupa, bila terlalu sibuk melakukan kerja-kerja jemaah, kita lalai dari memerhatikan jarum-jarum syaitan yang menyucuk,terutama dikalangan sahabat-sahabat itu sendiri. Kita bimbang, diri kita lalai mengingatiNYA akibat kesibukan kita dalam urusan gerak kerja.
Sebagai wanita islam, yang penuh dengan ciri keibuan, kelembutan dalam membelai, tapi ketegasan dalam mendidik, gunakanlah senjata ini untuk menakluki hati sahabat semuslimat diluar sana untuk diperkenalkan kepada keindahan islam, kemanisan bila kita meletakkan diri kita dibawah perhatian Allah sepenuhnya. Kelembutan dan ketegasan ini bukan dan tidak layak digunakan untuk menakluki sekeping hati kaum adam. Tugas ini hanya dilakukan oleh isteri terhadap suaminya. Namun tugas sebagai wanita da;eiah lebih besar dari itu. Kesedaran kita terhadap tugas sebenar kita, hak sebenar kenapa kita diciptakan, membolehkan kita yakin pada apa yang kita lakukan walau timbul pelbagai salah faham masyarakat luar terhadap wanita daie;ah.
Namun perlulah kita ingatkan, dalam menjalankan tanggungjawab sebagai wanita daie;ah, perlulah kita pantau hati dan pergerakan kita selalu. Kita bimbang dan takut terjatuh kedalam lubang2 halus yang dilakukan oleh musuh utama kita yakni nafsu dan syaitan. Kita takut pada fitnah, sehingga kita berdoa dihujung solat sebelum salam, ya Allah , jauhkan kami dari siksaan api neraka, jauhkan kami dari siksa kubur, jauhkan kami dari fitnah dajjal dan juga fitnah kehidupan dan kematian..
Kita takut diri kita menjadi punca kepada segala bentuk fitnah, kerana kita telah diletakkan sebagai fitnah yang paling berat bagi lelaki.. namun yakinlah, andai iman membenteng diri kita, dan perlindungan Allah kita harapkan, keselamatan dan ketenangan akan kita perolehi didunia dan akhirat.
Wahai muslimat, mujahidah sejati, dalam akhir zaman yang penuh fitnah ini, berhati-hatilah dalam setiap langkahmu, berhati-hatilah dalam percakapanmu, berhati-hatilah dengan pandanganmu, juga berhati-hatilah dalam mendengar bisikan hatimu..
Banyakkan istighar, banyakkan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw, dan sentiasalah berdoa pada Allah agar menjauhkan kita semua dari fitnah, kemaksiatan dan kemunafikan..juga mohonlah padaNya agar dipermudahkan usaha kita menjalankan tanggungjawab dan hak kita sebagai wanita daie;ah.
-muslimah sejati-
“ Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga , harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu; namun...... tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar , dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang ....... tapi awas duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya......”
“Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah.Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah... Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk ..... ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada
lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya.
Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah ...... umpama sebutir permata yang didedahkan
buat perhatian umum dengan permata yang
diletakkan dalam satu bekas yang tertutup .....sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu
melebihi daripada yang terdedah, wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam......”
salam sayang,
suffiyah solehah
coretan ketika dulu.....

hehe..
assalamualaikum………
akak,wakpe tu?ha…as tahu.mesti la tengah baca surat as ni kan.bijak2..:)biasa le..takde orang puji so angkat la bakul sendiri..:)
kakakku kak sal,
mungkin bila akak baca kata2 ni as xde kat sebelah tapi kalau ada pun buat2 xde ek.akak,as rasa sangat bersyukur kerana diberi peluang mengenali diri akak,akak jadi akak as ek.lagipun as xde akak,abang pun xde.aiman xkisah..eh silap.as xkisah…L
kakakku kak sal,
kita sangat bersyukur kerana Allah masih sayangkan kita…………Allah letakkan kita dikalangan keluarga dan sahabat2 yang sentiasa mengingatkan kita.kita insane yang dhaif ini sentiasa melakukan kesalahan.Tapi…DIA sentiasa memaafkan kita….kita xsedar bahawasanya kadang2 kita sombong dimana jarang minta pertolongan darinya…teruknya kita…masa ni la untuk kita sama2 baiki diri n mempelajari sedalam2nya ilmu Allah ini…Jika kita tiba2 pergi dulu sebelum mak ayah kita melihat kejayaan kita ini…(jadi seorang anak solehah).alangkah ruginya……sama2 kita berdoa agar kita sentiasa dalam rahmtNYA…dalam jagaanNYA…dan sentiasa diberi ketenangan n kekuatan untuk ters berbakti ke jalanNYA…
Kakakku kak sal,
As sedar banyak kekurangan pada diri ini…as harap sangat akak sentiasa memperingati diri as ini…as sentiasa doakan kejayaan akak……akak…
Akak…..sebenarnya as ngantuk tapi assignment tak siap lagi….uwaaaaaaaaa.k,akak cayok2!!!jom kita study skali k…
Mereka yang berjuang seringkali menangis lemah di sisi Allah tapi Allah kuatkan dia di sisi manusia.Berjuang demi Allah, bahagialah hati meskipun payah kerana itulah landasan ke syurga….I’Allah.
MISS U SO MUCH!!!
1.00AM
15/3/2006
Bilik kak sal
Guna computer kak salJ

Thursday, January 11, 2007
AKHLAK KETIKA BERCINTA
Dipetik daripada buku "PSIKOLOGI CINTA" terbitan PTS Millennia Sdn Bhd
Dalam surah ar-Rum ayat 21 Allah menyatakan, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”
ISLAM menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf. Terdapat tiga peringkat percintaan yang mana orang Islam hendaklah mencuba sedaya upaya mereka untuk memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari unsur-unsur maksiat dan perkara-perkara yang dapat membawa kepada kemurkaan Allah. Tiga peringkat tersebut adalah cinta sebelum perkahwinan, cinta selepas bertunang dan cinta selepas perkahwinan.Cinta Sebelum Kahwin
Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:1.Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.2.Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.3.Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.4.Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.5.Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.
Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.Cinta Selepas Bertunang
Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Ber-tunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan. Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalal-kan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan, cium-berciuman dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.Cinta Selepas Kahwin
Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.
Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:1.Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.2.Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.3.Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.Seharusnya Cinta…
Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia.
Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta. Agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu serta lain-lain agama tetap mengupas persoalan cinta sebagai sumber kedamaian hati dan keamanan dunia.
Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan.Oleh yang demikian, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan, dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis-jenis cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan. Penderitaan, penyesalan, dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, tetapi sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.
REMAJA DAN HEDONISTIK
Hedonistik dimaksudkan sebagai kelakuan atau perilaku yang didasarkan kepada kepercayaan bahawa keseronokan seharusnya menjadi tujuan utama dalam hidup (A.S Hornby 2000). Remaja tidak dapat dipisahkan dengan sikap ingin bebas, tidak mahu dikongkong dan yang paling parah lagi bila mana pelajar atau remaja yang terdiri dari mereka yang mempunyai kekuatan intelektual terdedah kepada satu budaya baru, iaitu budaya hedonistik
Dalam satu kajian yang dibuat, sesetengah remaja menjadikan budaya hedonisme ini sebagai budaya hidup mereka. Mereka menganggap tujuan kehidupan mereka adalah untuk mencapai keseronokan semata-mata. Keseronokan yang melampau dengan mengadai maruah diri, keluarga dan agama memberi impak yang buruk pada diri remaja tersebut, malah negara juga menghadapi masalah sosial yang meruncing hasil dari ketagihan keseronokan yang remaja inginkan.
Remaja lupa kepada tangungjawab mereka sebagai perwaris kepimpinan negara. Lebih ramai yang impikan keseronokan, hiburan melampau sehingga akhirnya dilalaikan dan diserang dengan budaya hedonisme yang melahirkan golongan seperti “black metal, skin head, punk dan sebagainya.
Salah satu petikan yang dapat kita ambil iktibar yang diambil khas dari majalah Mastika “ kami tak buat salah apa pun, hiburan tu jiwa kami, kalau kami nak gembirakan hati kami dengan hiburan metal ke, rock ke...bukan hak korang nak pertikaikan”. Kata-kata ini diucapkan oleh seorang remaja yang tidak puas hati apabila pihak Mastika mendedahkan kegiatan buruk black metal.
Bila mana hiburan dan keseronokan semata-mata menjadi jiwa kepada remaja-remaja ini, bagaimanakah nanti bila tiba masanya remaja ini menjadi seorang pemimpin, tidak kiralah pemimpin dalam kerjaya, rumahtangga atau negara.
Sikap memandang enteng kepada masalah besar seperti ini boleh mengundang padah. Walaupun kadang-kadang ada yang menganggap bahawa tidak salah berhibur, namun isu yang dibawa disini adalah budaya berhibur yang keterlaluan (entertainment culture) dan budaya hedonisme (mencari keseronokan semata-semata). Budaya inilah yang merupakan antara faktor kejatuhan tamadun Greek dan ia juga boleh meruntuhkan tamadun melayu Islam. Saya ingin membawa satu kajian kes yang saya adaptasi dari kisah benar yang diceritakan kembali oleh seorang remaja yang pernah terlibat dengan permasalahan ini.
Eliz ( bukan nama sebenar) merupakan seorang pelajar IPTA di ibu negara merupakan pelajar cemerlang dalam pendidikannya. Eliz merupakan anak harapan keluarga, dimana kehidupannya dipenuhi dengan segala kelengkapan yang cukup bagi kesempurnaan dirinya sebagai seoarang pelajar. Pada tahun pertama pengajian, Eliz memberi sepenuh perhatian pada pelajarannya. Semester yang dilaluinya pasti memperolehi keputusan yang cemerlang. Masuk tahun kedua, Eliz mula mencari-cari ruang untuk memenuhi masa lapangnya, kerana disangkanya dengan keputusan yang cemerlang pada tahun petama akan mempengaruhi keputusan tahun keduanya. Eliz bertemu Joe (bukan nama sebenar) yang baru sahaja tamat pengajiannya, dan kini bekerja di sebuah syarikat jualan kereta. Eliz yang dulunya tidak pernah mengisi kehidupan malamnya dengan berpeleseran di kompleks beli belah atau pub, sudah berani berbuat demikian. Bila ditanya kenapa berlaku perubahan yang mendadak dalam dirinya, Eliz, berkata “ saya sudah lama tidak mengecapi kegembiraan sebegini, saya dapat hilangkan kebosanan dalam belajar dengan berhibur begini. Kami disini boleh melakukan apoa sahaja, janji hati kami seronok, jiwa kami santai.. yang lain kami tak kisah.”.. Sehinggalah pada satu tahap Eliz berani mengambil minuman keras setelah dicabar oleh teman lelakinya, Joe. Joe , teman lelaki Eliz juga sering mengambil kesempatan atas tubuh badan Eliz, katanya, “apa guna ada badan yang cantik, kalau tak dipertontonkan”. Joe juga pernah berkata, dia sunyi, kerana ibubapanya telah bercerai, dan kini dia keseorangan. Joe merupakan anak tunggal. Joe seronok bersama Eliz, dia mencari hiburan yang dapat menghilangkan kesunyian hidupnya. Namun hiburan yang dicari bukan dapat membawa kepada kebahagiaan malah membawa dirinya terjerumus kedalam lembah kemaksiatan bilamana Joe tidak mampu mengawal nafsunya dan menyebabkan Eliz mengandung hasil perbuatan sumbang mereka. Kini, Eliz hilang arah tuju apabila Joe tidak mahu bertanggungjawab terhadap perbuatannya. Kandungan Eliz semakin membesar. Akhirnya Eliz mengambil keputusan melahirkan bayi tersebut, kemudian meletakkan bayi tersebut di masjid disebuah kawasan perumahan. Eliz berharap ada insan yang akan memelihara anak haramnya itu. Namun perasaan bersalah menghantui kehidupan Eliz..
Inilah hasil dari tersalah mencari keseronokan. Menjadikan keseronokan sebagai tujuan hidup pasti akan membawa ke lembah kehinaan bila mana nafsu dan akal tidak dipandu dengan baik.
Budaya hedonisme ini semakin hari semakin bertambah mempengaruhi remaja. Rancangan realiti tv yang berkembang subur tidak lain hanyalah menjadi pembekal rasmi hiburan dan keseronokan jiwa tanpa batasan.
Kita tidak belajar dengan apa yang terjadi pada tahun 1967 yang mana orang Arab disibukkan dengan bola. Israel masuk ke tanah Arab menjajah sehingga Senai jatuh ke tangan Israel. Begitu juga dengan Palestin. Ini berlaku kerana dilalaikan dengan bola. Cukup dengan tayangan bola dan tidak perlu tunggu bom hendak diletupkan. Negara tergadai, bangsa dihina, agama runtuh. Perkara ini harus menjadi pengajaran kepada kita. Jika budaya ini tidak ditangani dengan serius oleh semua pihak, kita bimbang negara akan ketandusan kepimpinan yang mantap serta tidak hanyut dibawa arus hedonistik yang melampau ini.

NUR SALBIHA BINTI MOHD ALI HANAFIAH
BACH PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
TUGASAN BIMBINGAN KELOMPOK
Monday, January 8, 2007
Iman...
Dalil Iman itu Mesti dengan Hati
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” (Ar-Radd ; 28).“Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah Dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir Padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, Maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar.” (An-Nahl : 106).Sabda rasulullah salallahualaihiwasalam : “Aku bersaksi disisi Allah bahawa tidaklah seseorang itu mati dan dia mengucapkan syahadah bahawa tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah dan aku ini rasulullah dengan benar di hatinya kemudian dia tetap padanya melainkan dia menuju ke syurga.” (hadith hasan, riwayat Imam Ahmad).
Dalil Iman itu Mesti Dengan Lisan Perkataan
“Katakanlah: "Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada Kami dan yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq, Ya'qub, dan anak-anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa, Isa dan Para Nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorangpun di antara mereka dan hanya kepada-Nyalah Kami menyerahkan diri." (Ali-Imran : 84).“Orang-orang Arab Badui itu berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi Katakanlah 'kami telah tunduk', karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu; dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Hujuraat : 14).Sabda baginda rasulullah sallahualaihiwasalam : “Aku diperintahkan untuk memerangi semua manusia sehinggalah mereka bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah dan aku ini ialah rasulullah dan setelah mereka mengatakan demikian maka selamatlah dari aku akan darah mereka dan harta mereka kecuali dengan haknya dan hisabnya ke atas Allah.” (hadith sahih, riwayat Bukhari dan Muslim).
Dalil Iman Itu Mesti Dengan Amalan Perbuatan
“Orang-orang yang beriman itu berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana Sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.” (An-Nisa : 76).“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?” (Al-Ankabuut : 2).“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, Padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, Sesungguhnya pertolongan Allah itu Amat dekat.” (Al-Baqarah : 214).“Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman kepada ayat-ayat Kami adalah mereka yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat itu mereka segera bersujud seraya bertasbih dan memuji Rabbnya, dan mereka itu tidaklah sombong.” (As-Sajdah : 15).Sabda baginda nabi salallahualaihiwasalam : “ Iman itu terbahagi kepada tujuh puluh lebih bahagian yang paling tinggi ialah kalimah lailahaillallah (tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah) dan serendah-rendahnya ialah menghilangkan duri di jalanan dan malu itu sebahagian dari iman.” (Hadith sahih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Tuesday, January 2, 2007
Bimbingan Dan Kaunseling ; Satu Metadologi Dakwah
Bahagian 1
Tanggungjawab menolong dan menasihati adalah tanggungjawab bersama kerana setiap orang berperanan nasihat –menasihati bagi mencapai kebahagian dan keharmonian dalam hidup. Proses bimbingan dan kaunseling juga seakan sama dengan tanggungjawab menolong dan menasihati, namun bagi kaunseling, hanya yang memahami dan mempelajari teknik-teknik kaunseling dapat mempraktikkannya secara teratur dan konsisten. Sebelum itu mari kita sama-sama teliti apa yang dimaksudkan dengan bimbingan? Dan apa juga yang dimaksudkan dengan kaunseling.
Kaunseling merupakan suatu proses menolong yang melibatkan interaksi dua hala antara orang yang memberi pertolongan dengan orang yang menerima pertolongan dengan dalam suasana yang harmoni, penuh kesedaran dan saling memahami. Apabila proses ini dikembangkan, sudah tentunya berlaku juga proses kesedaran diri bagi orang yang menerima pertolongan. Manakala bimbingan pula didefinisikan sebagai sebahagian daripada proses menolong. Bimbingan melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya proses bimbingan ini adalah untuk penentuan kebajikan dan perkembangan penerima bimbingan. Othman Mohammad (2005)
Sebenarnya terdapat banyak dan pelbagai definisi mengenai bimbingan dan kaunseling. Namun semuanya mempunyai satu matlamat utama iaitu memberi pertolongan untuk mewujudkan celik akal atau kesedaran mengenai sesuatu perkara yang menyebabkan seseorang perlu kepada bimbingan dan kaunseling.
Dalam bahagian satu ini, saya akan memberikan sedikit pengenalan bagaimana untuk mengaitkan proses bimbingan dan kaunseling dalam pendekatan dakwah. Saya akan menggunakan bahasa mudah agar dapat memberi kefahaman yang lebih jelas dan teratur.
Bagaimana proses bimbingan dan kaunseling dapat membantu kita dalam urusan dakwah? Bagaimana method atau pendekatan yang dapat kita gunakan agar usaha dakwah kita dapat diselarikan dengan konsep bimbingan dan kaunseling?
Dalam islam, kewajipan yang telah diamanahkan kepada semua manusia adalah dikenali sebagai “hisbah”. Apakah yang dimaksudkan dengan hisbah? Hisbah adalah menyeru kepada kebaikan dan menegah kemungkaran serta membetulkan manusia ( amar ma’ruf wa nahy munkar , wa islah bayna an-nas)
Menurut ibnu Qayyim , hisbah bermaksud memutuskan sesuatu perkara tanpa dakwaan kerana jika berdasarkan dakwaan maka ia termasuklah dalam bidang kuasa hakim, bukan kuasa “muhtasib” * . pengertian tersebut memperjelas bahawa batasan tanggungjawab tersebut meliputi masalah perseorangan, kelompok dan masalah masyarakat serta negara. Siti Zalikhah Md Noor (2002)
Kewajipan hisbah berdasarkan firman Allah yang bermaksud:
“ dan hendaklah ada dikalangan kamu satu golongan yang menyeru kepada bakti dan mengarahkan kepada kebaikan dan menegah kepada kemungkaran dan mereka itu golongan yang beroleh kejayaan.
(Al-Imran 3:104)
Bagaimana hisbah dikaitkan dengan konsep-konsep didalam kaunseling?
Menurut imam al-ghazali, hisbah terdiri daripada beberapa rukun. Sepertimana dalam solat terdapat rukun solat, didalam hisbah juga terdapat rukun yang dapat disama gandingkan didalam konsep kaunseling. Rukun tersebut adalah seperti dibawah :
Muhtasib ( Kaunselor)
Muhtasab ‘alaih (Klien)
Muhtasab Fih (Masalah yang dihadapi klien)
Al-Ihtisaab (peringkat)
Bimbingan dan Kaunseling ; Satu Metodologi Dakwah.
Timbalan Pengerusi Hewi 2
Ijazah Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling.

Kaunseling ; Islam Vs Barat, Bagaimana Pendekatannya?
Kaunseling didefinisikan sebagai satu interaksi antara dua individu iaitu kaunselor dan klien, dalam keadaan profesional dan bertujuan untuk menolong kepada perubahan tingkah laku klien.
Di dalam Islam, kaunseling mempunyai pengertian dan kedudukan yang tersendiri. Ini selaras dengan tuntutan Islam itu sendiri yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Kebanyakan sentuhan kaunseling barat lebih bertumpu kepada perubahan tingkah laku klien kearah lebih rasional dan mengikut garis normal hidup sebagai manusia. Inilah beza utama bagaimana kaunseling berpendekatan Islam dilihat lebih memberi kesan yang menyeluruh bagi hidup seseorang muslim. Namun tidak dinafikan, teknik dan gaya pendekatan kaunseling barat boleh juga diaplikasikan semasa sesi kaunseling berlangsung.
Berkesannya kaunseling berpendekatan islam ini adalah kerana matlamat akhir yang berbeza dengan pendekatan-pendekatan lain. Matlamat akhir bagi sesi kaunseling ini adalah mengkehendaki klien memahami hubungan dengan Allah swt, hubungan dengan makhluk-makhluk ciptaan Allah, tujuan hidup dunia dan matlamat akhir hidup ini.
Kaunseling berpendekatan Islam ini menekankan 4 perkara penting iaitu pembangunan roh, akal, hati dan pengimbangan nafsu.
1.Pembangunan Roh
Pembangunan roh merupakan aspek paling penting dalam kaunseling Islam. Bilamana roh itu sudah mula mengenali Allah, mencintai Allah, mula takut pada Allah, yakin pada Allah dan akur pada segala suruhan dan larangan Allah, maka manusia mula mengetahui apa tujuan hidupnya.
2. Pembangunan Akal
Membangunkan akal atau dalam kata lain, pencerahan akal (celik akal) dapat membimbing manusia kepada kemuliaan dan ketinggian darjat sebagai hamba disisi Allah swt. Akal fikiran adalah amanah dan tanggungjawab daripada ALLAH yang tidak dilibatkan kepada makhluk lain dimuka bumi. Akal fikiran dapat membezakan kebenaran dan kebatilan , juga antara petunjuk (hidayah) dan kesesatan.
3. Pembangunan Hati
Pembangunan hati bukan sahaja sekadar menumpukan zikir pembaikan hati dan sebagainya, tetapi yang lebih utama adalah membuang dahulu segala kekotoran yang lahir dari dosa dan maksiat yang dilakukan. Hati manusia ibarat bebola kaca yang jernih dan bersinar. Andai ia dikilau dengan cahaya yang benar-benar terang, maka pancarannya akan menjadi semakin menyerlah dan menarik orang lain untuk melihatnya. Hati yang elok berupaya memberi ilham kepada manusia tentang hakikat dirinya dan juga Penciptanya iaitu Allah swt.
4. Pengimbangan Nafsu
Mengapa tidak dikatakan penghapusan atau perlupusan nafsu? Ini kerana manusia juga memerlukan nafsu dalam kehidupannya. Nafsu yang diimbang dengan hati yang jernih, ruh yang dibangunkan dan akal yang terpimpin akan mampu membawa manusia kearah kesejahteraan lahiriah dan batinniah. Contohnya, makan adalah satu aktiviti dalam kehidupan. Andai nafsu jahat yang menguasai nafsu makan, maka kita akan makan secara berlebihan sehingga lahiriah menjadi malas, dan impak yang lebih buruk akan menimpa batinniah sehingga menyebabkan rosaknya hati dan jiwa.
Justeru itu, keempat-empat perkara diatas merupakan tumpuan utama dalam kaunseling pendekatan islam dimana tujuan akhir kaunseling ini adalah membawa manusia mengenal diri dan Penciptanya.
Wallahua’lam.

Monday, January 1, 2007
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya AllahKau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnyaAku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMuAku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMuYa Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku hambaMu yang Solehah
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi Wanita Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMuYa Allah
Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi insan yang dirahmati
Insan yang dikasihi
Wanita yang solehah
Seorang sahabat yang sentiasa dihati..
thanks kak saidah.. saya sangat menghargainya.. ;)

Subscribe to:
Posts (Atom)